Shin Tae-yong Tak Puas Hati Lihat Aksi ‘Lemau’ Indonesia Berdepan Tanzania

Pengendali utama Indonesia, Shin Tae-yong akui beliau tidak berpuas hati selepas melihat aksi ditampilkan oleh para pemain kendaliannya ketika aksi membabitkan Sang Garuda bertemu Tanzania.

Pada aksi persahabatan itu, Indonesia gagal untuk meraih kemenangan selepas mereka diikat oleh Tanzania menerusi keputusan penuh 0-0 sepanjang aksi berlangsung.

Walaupun gagal meraih sebarang gol atau kemenangan, Sang Garuda berjaya mendominasi perlawanan dan tampil sangat menyerlah untuk mencipta banyak peluang ke arah kubu pertahanan lawan.

Aksi tersebut merupakan salah satu daripada medan persiapan mereka untuk mengharungi siri Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang akan bermula tidak lama lagi.

Pada saingan persahabatan itu, Shin tampil kurang berpuas hati terhadap persembahan ditampilkan oleh para pemainnya terutama sekali membabitkan kualiti penyudah di hadapan gol.

Ianya secara tidak langsung bakal memberi situasi sukar buat Sang Garuda untuk perlawanan bertemu Iraq akan datang, kerana lawan memiliki kualiti pertahanan cukup menyakinkan.

Selain isu penyudah, pengendali dari Korea Selatan itu turut menyentuh soal komunikasi sesama pemain selain sentuhan mereka ke atas bola juga masih kurang menyakinkan.

“Saya akan buat penilaian semula mengenai prestasi para pemain pada perlawanan tersebut, termasuk penilaian mengenai isu komunikasi dan soal sentuhan bola yang masih lemah,” ulas beliau menerusi laporan dikeluarkan oleh Bola.com.

Pada masa sama, beliau juga mengakui tidak begitu ralat akan keputusan perlawanan kerana dirinya lebih mementingkan isu fizikal serta keadaan semasa para pemain.

“Memang seperti apa yang dikatakan sebelum ini, iaitu hasil permainan tidak penting kerana saya hanya ingin melihat keadaan para pemain sahaja sebelum aksi kelayakan akan datang,” ulas beliau lagi.

Indonesia ketika ini hanya memerlukan satu kemenangan sahaja di peringkat Kumpulan F untuk mengesahkan slot mereka dalam saingan Piala Asia 2027 serta melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Walaupun begitu, Shin dilihat enggan mengambil mudah akan baki dua perlawanan akan datang dengan beliau mahu memberikan segalanya terbaik pada aksi menentang Iraq serta Filipina.

Apatah lagi Indonesia juga bakal beraksi di laman sendiri yang dijangka turut akan diperkuatkan oleh para penyokong fanatik Sang Garuda sepanjang dua perlawanan tersebut.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN