Selangor & Sabah Megah Julang Nama Negara Di Indonesia

Selangor dan Sabah berjaya untuk mempamerkan imej cukup positif buat Malaysia sepanjang mereka mengharungi dua aksi di Indonesia bagi saingan RCTI Premium Sports selaku pasukan jemputan.

Apa tidaknya, kedua pasukan itu masing-masing tidak mengalami sebarang masalah untuk menundukkan pasukan di saingan utama Indonesia iaitu Persija Jakarta serta PSIS Semarang.

Apatah lagi Selangor tampil selaku juara pada saingan RCTI Premium Sports selepas mereka menewaskan Persija Jakarta menerusi keputusan penuh 1-0 di Jakarta International Stadium (JIS).

Untuk penentuan tempat ketiga dan keempat pula, Sabah memastikan PSIS Semarang hadir selaku mangsa mereka apabila skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee meraih kemenangan 2-1.

Dua kemenangan itu menyaksikan ia berjaya memberi kegembiraan buat penyokong bola sepak di Malaysia kerana maruah negara dijulang sebaik mungkin pada saingan tersebut.

Untuk Selangor, ia menjadi medan terbaik buat mereka untuk terus menguji gandingan para pemain tempatan serta import sebelum pasukan itu mengharungi saingan AFC Champions League 2 (ACL 2).

Malah Nidzam Jamil juga sempat mencipta beberapa kombinasi baharu sepanjang mereka beraksi dua perlawanan di Indonesia untuk terus mendapatkan hasil terbaik di atas padang.

Pemain import seperti Reziq Banihani juga diberi peluang sebaik mungkin untuk beraksi dalam kesebelasan utama untuk beliau terus mendapat keyakinan terbaik sebelum saingan liga kembali bersambung.

Lebih menarik momentum kemenangan mereka sejak saingan Liga Super sebelum itu berjaya diteruskan dengan baik oleh para pemain The Red Giants di pentas RCTI Premium Sports.

Bagi Sabah pula, ia merupakan suatu perkara cukup penting buat Kim Swee untuk menilai para pemain mana lebih layak mengisi kesebelasan utama selepas ini.

Menerusi beberapa rombakan kecil musim ini, jelas Kim Swee enggan momentum positif musim lalu disekat dan ia merupakan suatu kejayaan apabila mereka tampil menewaskan salah satu kelab utama di Indonesia.

Pemain seperti Jaffri Firdaus Chew antara yang sangat menyerlah di Indonesia sepanjang mengharungi dua perlawanan dan pastinya akan terus menjadi pertaruhan utama buat Kim Swee selepas ini sekembalinya mereka ke Malaysia.

Apapun, kami di Semuanya BOLA ingin mengucapkan tahniah buat kedua pasukan kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia di luar negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN