Zhafri Yahya Bukan Sekadar Pelengkap Buat Harimau Malaya

Nama Zhafri Yahya antara yang kini dibincangkan dalam kalangan peminat selepas beliau sekali lagi disenaraikan oleh Kim Pan-gon untuk bersama skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Sebelum itu, Zhafri sebenarnya pernah disenaraikan untuk mewakili skuad kebangsaan sebanyak empat kali oleh jurulatih tersebut, namun beliau langsung tidak pernah mencipta sebarang penampilan dengan pemain itu hanya diletakkan di bangku simpanan.

Kini, nama beliau kembali mewarnai skuad Malaysia dan pastinya pemain itu tidak rela sekadar menjadi pelengkap buat Harimau Malaya seperti pengalaman diharunginya lalu.

Bintang Kuala Lumpur City (KL City) ini sebenarnya boleh dianggap sebagai antara pemain tempatan yang memiliki kualiti cukup bagus selain berkebolehan beraksi di bahagian sayap serta tengah.

Musim lalu sahaja menyaksikan beliau sudah beraksi sebanyak 27 perlawanan bersama KL City serta menghasilkan tiga gol bersama enam bantuan jaringan secara keseluruhan di pentas domestik.

Malah, dirinya turut diberi peranan untuk mengisi posisi tengah serangan serta dominan selaku pemain sayap kanan buat kelab tersebut.

Kelebihan dimiliki Zhafri itu pastinya sedikit sebanyak menarik minat Kim untuk cuba meletakkan beliau dalam mana-mana perlawanan akan datang.

Malah, Zhafri sendiri tampil optimis dirinya kali ini mampu untuk memberi sumbangan sulung buat Harimau Malaya setelah dirinya itu dipanggil untuk menggantikan khidmat Syafiq Ahmad.

“Sudah lama, tahun ini saya pun sudah 30 tahun, tetapi saya serahkan semua ini kepada rezeki. Saya serahkan kepada keadaan (jika dipanggil lagi selepas ini) kerana jika ada peluang saya akan teruskan untuk pasukan.

“Saya percaya Kim Pan-gon dapat mencorakkan yang terbaik buat pasukan dan jika dapat peluang sudah pasti saya mahu berikan sehabis baik.

“Saya ada pengalaman di posisi tengah dan sayap, namun bergantung kepada jurulatih untuk letakkan saya di mana,” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Kosmo.

Pada masa sama, Zhafri sendiri mengakui kem kebangsaan kini sedikit terkesan selepas mereka kehilangan beberapa tonggak untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

“Tidak dinafikan ketiadaan mereka beri sedikit kesan cuma kita juga faham setiap orang ada masalah. Jurulatih juga pasti akan selesaikan masalah ini dan semestinya ini adalah peluang untuk pemain lain,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Kosmo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN