4 Kelebihan Adib Ra’op Jadi Faktor Terpilih Untuk Bersama Malaysia

Rekrut baharu Harimau Malaya, Adib Ra’op ketika ini menjadi antara paling mencuri perhatian selepas nama beliau terpilih buat pertama kali untuk mengikuti kem latihan pusat skuad kebangsaan.

Selepas tampil menyerlah bersama Penang sejak beberapa musim, ini menjadi detik terbaik buat Adib untuk menarik perhatian kejurulatihan kebangsaan memilih beliau selaku rekrut terbaharu negara.

Berkelebihan beraksi di posisi sayap serta pertahanan kiri, ianya tidak sukar untuk membuatkan Kim Pan-gon memilih beliau serta menilai sendiri kesesuaian pemain itu untuk Harimau Malaya.

Musim lalu sahaja menyaksikan Adib telah pun beraksi sebanyak 25 perlawanan bersama Penang serta berjaya merekodkan tiga bantuan jaringan secara keseluruhan.

Lebih menarik, pemain kelahiran Perak itu juga kerap diberi peranan selaku pemain sayap selain dominan sebagai pertahanan kiri buat pasukan kerana kelebihan dimilikinya itu.

Malah ketika ini Kim sendiri mengakui Adib memiliki segala kelebihan yang lengkap dan meletakkan harapan tinggi akan kualiti pemain tersebut untuk membantu Malaysia.

Menurut pengendali dari Korea Selatan itu, beliau mengakui sudah mengikuti perkembangan semasa Adib sejak musim lalu sebelum mengambil keputusan menyenaraikan tonggak Penang itu bersama pasukan kebangsaan.

Selain itu, Kim juga turut menyifatkan empat kelebihan Adib daripda segi kepantasan, kekuatan fizikal, agresif, serta daya ketahanan tinggi dianggap sesuai untuk menyerap falsafah permainan beliau.

“Mengenai adib kami memerhati rapat daripada tahun lalu di mana dia bermain sebagai pemain sayap dan juga kadang kala bermain di pertahanan.

“Dia seorang pemain yang cukup aktif di mana kami sememangnya mencari pemain seperti ini yang memiliki kepantasan, kekuatan, agresif dan ‘endurance’.

“Dia sangat sesuai dengan falsafah permainan pasukan. Kita hanya perlu menunggu masa sesuai (melihat Adib menyerlah).

“Untuk dua tiga perlawanan musim ini (bersama Penang FC dalam Liga Super) dia bermain baik dan kita juga perlukan pemain di bahagian serangan.

“Bagi saya pemain seperti ini akan memberi banyak pilihan buat pasukan dan saya letakkan harapan tinggi kepadanya agar segera menyesuaikan diri dengan pasukan,” kata Kim menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Melihat kepada kualiti dimiliki Adib, pemain tersebut berkemungkinan besar akan mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Faisal Halim di posisi sayap kiri atau sebagai ‘supersub’ bagu menggantikan khidmat Akhyar Rashid.

Pandangan anda pula bagaimana?

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN