3 seteru dalam bola sepak Inggeris, Liverpool, Chelsea dan Manchester City menjalinkan kerjasama yang mungkin akan diteruskan pada masa akan datang.
Mereka bersetuju untuk berkongsi bayaran bil jet peribadi untuk menerbangkan pemain mereka balik ke England.
Dengan perlawanan antarabangsa terakhir Brazil menentang Peru pada malam Rabu, bermakna pemain-pemain 3 kelab ini hanya akan sampai di England pada Jumaat jika terbang dengan rakan-rakan sepasukan lain.
Justeru, Liverpool, Chelsea dan Manchester City telah bersetuju agar masing-masing membayar £30,000 untuk jet peribadi.
Ini bagi membolehkan pemain-pemain mereka mendapat rehat yang cukup untuk menghadapi perlawanan EPL hujung minggu ini.
Liverpool dan Manchester City akan bermain pada Sabtu. Manakala Chelsea pula akan beraksi pada hari Ahad. Ketiga-tiga pasukan dalam prestasi terbaik di EPL buat masa ini.
Firmino dan Coutinho adalah pemain penting Jurgen Klopp di Anfield, mankala Willian dalam proses untuk kembali semula ke dalam pasukan utama selepas cuti khas kerana pemergian ibunya. Fernandinho pula pemain penting dalam sistem Pep Guardiola di Etihad.
Satu lagi kelab yang menyewa jet peribadi adalah Paris St. Germain yang mahu menerbangkan kapten mereka, Thiago Silva dengan segera.
Brazil melalui minggu antarabangsa yang sangat cemerlang. Mereka turut menewaskan musuh super classico Argentina dengan keputusan 3-0.
Brazil menutup kempen antarabangsa mereka untuk tahun 2016 dengan kemenangan 2-0 ke atas Peru. Ia membolehkan skuad Adenor Leonardo Bacchi ataupun Tite dalam landasan terlalu hampir untuk mara ke Piala Dunia Russia.
Baca juga : 5 Permusuhan Bola Sepak Melibatkan Pasukan Kebangsaan (Bahagian 2)