Azmeer Yusof Pernah Dibuli Sepanjang Bergelar Pemain Bola Sepak Profesional

Bekas pemain bola sepak profesional, Azmeer Yusof tampil membuat pendedahan cukup menarik mengenai kisah buli yang terpaksa dihadapi beliau beberapa kali pada waktu lalu menerusi media sosial, Facebook.

Nama Azmeer bukan lagi suatu yang asing sebenarnya dalam kalangan peminat, selepas beliau pernah bersinar suatu ketika bersama beberapa kelab termasuk Kedah Darul Aman (Kedah).

Menerusi perkongsian dibuat oleh bekas pemain Kuala Lumpur City (KL City) itu, Azmeer mengakui telah menghadapi lima episod lama pernah dibuli pada suatu ketika sepanjang bergelar bintang bola sepak profesional.

Episod pembulian pertama berlaku ketika Azmeer mengakui menjadi mangsa pulau daripada rakan sepasukan sebelum masing-masing dibuang atas satu sebab cukup sensitif untuk dikongsikan.

“Kononnya saya dipulau oleh pemain-pemain sedia ada dalam team. Bila dipulau ni makan kt RnR, tempat latihan, main bola, faham-fahamlah. Memang sendiri-sendiri punya.

“Tapi saya tak peduli semua tu.. Saya layankan je.. Dipendekkan cerita, semua yang pulau saya tu semua kena buang. Atas alasan apa saya taknak beritahu sebab agak sensitif untuk diceritakan, tapi semualah kena buang,” jelas Azmeer.

Untuk cerita kedua, ia agak menyedihkan kerana Azmeer mengakui tiket penerbangan beliau pernah menjadi mangsa keronyokan pemain senior sebelum ia dicampak dalam tong sampah.

“Berlaku di Airport luar Negara. Pemain-pemain senior waktu tu ambil tiket flight saya, keronyokkan dan campak tiket saya tu dalam tong sampah. Bila saya tanya masing-masing tak mengaku tiket saya di mana.

“Dorang siap gelak-gelak lagi waktu tu. At the end ada seorang pemain ni bocor rahsia beritahu ada dalam tong sampah. Tapi saya kena selongkar tong sampah tu cari tiket saya.

“Sedih beb waktu ni. Waktu saya cari tiket tu jugalah panggilan terakhir untuk masuk ke dalam. Mujurlah Allah jumpakan juga tiket saya tu,” kata Azmeer lagi.

Selain itu, bekas tonggak Negeri Sembilan itu juga mengakui pernah menjadi mangsa pemain senior untuk mengangkat beg-beg mereka di lapangan terbang walaupun pasukan diwakilinya ketika itu memiliki ‘kitman’.

Ada juga kisah di mana Azmeer juga terpaksa mencuci pakaian pemain lebih senior dan diselesaikan segalanya sebelum diberikan kembali kepada mereka.

Kemuncak cerita, Azmeer berkongsikan nasib malangnya yang menjadi mangsa aniaya daripada pemain senior menerusi kerosakan motorsikal beliau ketika pulang daripada sesi latihan.

“Sewaktu balik dari latihan, ada pemain yang tua saya setahun je. Tapi bajet-bajet senior dalam pasukan. Tahu berlaku apa? Tengah nak balik ke rumah, motor saya mati tengah jalan. Check punya check, pemain tu tutup saluran minyak ke karberator saya.

“Saya dah lah tak pandai bab motor. Tengah2 check tu saya terpegang batang ekzos. Pehhhh melecur beb tangan saya. Waktu melecur tu lah Allah ingatkan saya tentang pemain ini.

“Sebab masa saya nak pergi mandi, saya nampak dia menunduk ke arah karberator. Haaa dari situ lah Allah bantu saya, ilhamkan saya untuk buka semula saluran minyak tu. Barulah boleh start semula.

“Tapi masa perjalanan balik tu berkaca wo mata saya. Saya duk tanya dalam diri saya. Apalah salah saya waktu tu sampai diperlakukan camtu.

“Mungkin saya baik sangat kot, sebab kalau nak jadi pemain bolasepak tak boleh baik sangat. Ni nanti next-next saya cerita kenapa,” kongsi beliau akhir sekali.

Walaupun menjadi mangsa buli, Azmeer mengakui bersyukur kerana ia berjaya menguatkan mental beliau untuk melalui liku kehidupan lebih mencabar.

Malah, beliau turut menegaskan buli bukan suatu bentuk pembelajaran atau gurauan yang sesuai untuk dinormalisasikan orang ramai.

“Ops, tolong betulkan ya. Pembulian bukan satu bentuk pembelajaran. Tolong ubah persepsi tu. Saya tak terbelajar satu apa pun dari yang saya kena.

“Apa? Nak cakap mental saya tak kuat? Kuat tak kuat Alhamdulillah Allah izinkan saya berada dalam arena bolasepak sejak 2006 sehingga sekarang. Kadang-kadang yang kuat mental tu Allah tak izinkan pun untuk lama-lama bergelar pemain bolasepak. Ha….

“Tapi Alhamdulillah saya tengok sekarang ni dah tak banyak kes-kes macam zaman dulu. Dah takda dah gap antara junior dan senior,” ujar Azmeer.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN