MAS Jalin Kerjasama Global Terbaharu Bersama Manchester United

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) secara rasminya kini menjalinkan kerjasama secara global bersama salah satu kelab paling berpengaruh di Eropah iaitu Manchester United.

Ianya diumumkan sendiri melalui media rasmi Manchester United dengan menyatakan MAS bakal menjadi rakan penerbangan kelab tersebut kali ini.

Perkara ini juga turut didedahkan oleh Izham Ismail yang merupakan Pengarah Urusan Kumpulan syarikat tersebut ketika menghadiri pameran perdagangan industri utama di Kuala Lumpur.

Turut hadir ketika perasmian tersebut ialah bekas pemain legenda United suatu ketika iaitu Wes Brown serta Patrice Evra yang berkongsikan pengalaman mereka sendiri selaku pemain dan duta kelab tersebut.

Evra sendiri khususnya menzahirkan rasa cukup kagum akan sokongan padu diberikan peminat The Red Devils khususnya di Rantau Asia kini menerusi pengamatan beliau sendiri.

“Manchester United mempunyai para peminat dari seluruh dunia dan sokongan padu yang kami peroleh di Asia tidak pernah gagal untuk membuatkan saya kagum.

“Saya sangat gembira untuk berkongsi kerjasama kami bersama MAS dengan para peminat sekali gus memperkenalkan kepada mereka mengenai perkhidmatan terbaik dalam kelas mereka tawarkan sendiri.

“Wes dan saya hadir ke sini bersama Malaysia Airlines, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka atas untuk perjalanan yang selesa.

“Daripada penyediaan makanan kepada tempat duduk yang cukup selesa serta servis yang terbaik, semuanya serba lengkap, ujar Evra.

Pandangan Brown pula, beliau sangat kagum akan sambutan yang diberikan oleh para rakyat Malaysia setiap kali dirinya hadir ke negara ini.

“Saya cukup bertuah kini untuk menjadi wakil Manchester United dalam semua acara di seluruh dunia. Saya telah melawat Malaysia banyak kali dan saya sangat kagum akan sambutan hangat diberikan mereka.

“MAS merupakan wakil sebenar kepada budaya mesra di Malaysia dan sudah tentu saya tidak sabar untuk bekerjasama dan melibatkan diri bersama para penyokong,” katanya pula.

Untuk rekod, sebelum ini MAS turut dikaitkan bersama satu lagi kelab berpengaruh di England iaitu Chelsea sebelum kini mereka memeteraikan kerjasama dengan United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN