Israel Ditertawakan Dunia Selepas Dibedil Iceland 4-1

Malam duka untuk kem skuad bola sepak Israel tetapi pesta keraian peminat bola sepak seluruh dunia (kecuali peminat Israel semestinya). Itulah situasi tepat untuk menggambarkan apa yang terjadi awal pagi waktu Malaysia tadi selepas Israel dibelasah 1-4 oleh Iceland dalam Kelayakan EURO 2024. Kekalahan ini juga bermakna Israel tersingkir terus daripada prospek menyertai UEFA EURO 2024 di Jerman pada musim panas nanti.

Penyerang Genoa, Albert Guðmundsson muncul wira Iceland dan peminat bola sepak seluruh dunia selepas menjaringkan hatrik untuk memastikan Iceland layak ke pusingan akhir Liga B Kelayakan EURO 2024 dan Israel tumbang.

Israel sebenarnya berpeluang untuk mengubah naratif perlawanan pada minit ke-78 apabila skuad The Skyblue and Whites itu dihadiahkan sepakan penalti. Tetapi penyerang Eran Zahavi gagal menyempurnakannya – sekaligus disambut dengan ejekan dan sindiran peminat bola sepak dunia di media sosial.


“(Dia) dengar orang suruh ‘shoot’ tapi pergi ‘shoot’ budak pengutip bola pula,” sindir u/Sinnombre40 di Reddit. “Mungkin budak pengutip bola itu orang Hamas,” balas u/halfcockhalfcock kepada komen tadi.

u/TheBatPencil pula menulis, “Mungkin tengah ralit nak aim stadium medics agaknya.”

Ada juga orang yang menulis satira tuduhan anti-semitik yang sering dilontarkan oleh penyokong Zionis apabila rejim mereka dikritik. u/Ok-Soup-2253 menulis, “Adakah penjaga gol Iceland anti-semitik sebab selamatkan penalti (Zahavi)? Atau adakah kaki (Zahavi) anti-semitik sebab miss penalti itu?”

u/Shoddy-Inspection339 pula mengambil pendekatan black comedy, “Cuba letakkan wanita dan kanak-kanak kat belakang gol. Mesti (Zahavi) takkan miss penalti itu.”

Kepuasan hati melihat Israel diejek, disindir dan dikutuk satu dunia ini bagaimanapun tidak dapat meredakan kemarahan dan kesedihan susulan pendedahan rakaman dron rejim Zionis oleh Al Jazeera semalam.

Lihatlah bagaimana empat orang awam Palestin yang tidak bersenjata dibom oleh pengganas Zionis.

Padan muka Zahavi

Melihat Zahavi sendiri mensia-siakan penalti ini dan menjadi penyebab kekalahan Israel merupakan satu kepuasan bagi sesiapa yang masih ingat insiden pada Mei 2021 selepas keputusan seri 1-1 antara Manchester United dan Fulham.

Dalam insiden tersebut, Zahavi dengan tak malunya menukar bendera Palestin kepada bendera Israel di gambar Paul Pogba dan Amad Diallo yang memegang bendera Palestin sebagai tanda solidariti.

Insiden tersebut merupakan kali kedua dibuat oleh penyerang Israel itu selepas dilaporkan turut membuat perkara sama kepada gambar Hamza Choudhury dan Wesley Fofana yang memegang bendera Palestin selepas Leicester muncul juara FA Cup 2021.

Ya Allah, peliharalah saudara-saudara kami di Palestin dari segala bentuk kezaliman. Kurniakanlah mereka kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Lindungilah mereka dengan rahmat-Mu yang melimpah-ruah.

Amin YRA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN