Harimau Malaya Tak Boleh Terlalu Gembira & Perlu Kekal Fokus

Skuad Harimau Malaya diingatkan untuk tidak terlalu gembira akan kemenangan besar 5-1 dicatat mereka pada aksi persahabatan baru-baru ini ketika menentang Nepal yang berlangsung secara tertutup.

Pada aksi lalu, Malaysia tampil dengan kemenangan besar di Stadium UiTM, Shah Alam menerusi dua jaringan peribadi daripada Darren Lok, Daniel Ting, serta Mukhairi Ajmal, sementara satu gol tunggal Nepal diledak oleh Sameer Tamang.

Kemenangan itu jelas memberi isyarat skuad kebangsaan sebenarnya masih mampu untuk mengekalkan momentum positif mereka walaupun sudah lama tidak menghadapi aksi kompetitif sejak saingan Piala Asia 2023 lalu di Qatar.

Malah, ia dianggap mampu memberi suntikan moral kepada para pemain yang akan menghadapi cabaran Oman bagi siri Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 tidak beberapa lama sahaja lagi.

Untuk aksi tersebut, ia dianggap cukup penting buat Malaysia untuk terus mengekalkan rentak positif selepas dua kemenangan berturut-turut diraih sebelum ini berjaya meletakkan mereka di persada kumpulan D.

Walaupun berjaya mencipta kemenangan besar, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim selaku pemerhati bola sepak kebangsaan menasihatkan supaya kem kebangsaan tidak terlalu gembira akan keputusan tersebut.

Sebaliknya, kemenangan tersebut sudah pun dijangka kerana Malaysia berhadapan dengan lawan yang berada di kedudukan ranking lebih rendah serta kualiti permainan jauh lebih banyak memihak kepada Harimau Malaya.

Disebabkan itu, Malaysia perlu kekal fokus kerana cabaran seterusnya jelas jauh lebih sukar kerana Oman berada dalam kelas tersendiri jika dibandingkan Malaysia.

“Alhamdulillah Harimau Malaya menang bergaya tetapi kita jangan terlalu gembira dengan kemenangan ini.

“Kita bukan merendahkan kemampuan Nepal tetapi kita harus akui Nepal bukanlah lawan yang memiliki kekuatan sebenar.

“Nepal tidak sekuat Thailand, Vietnam dan Indonesia. Apatah lagi dengan negara Timur Tengah seperti Oman yang sudah pasti benar-benar bakal menguji kekuatan kita dari segala segi.

“Namun dari sudut positifnya, kita dapat menguji beberapa aspek dalam game semalam seperti aspek ofensif, defensif dan transisi antara kedua-duanya selain memberikan ‘match fitness’ kepada pemain,” katanya menedusi laporan Berita Harian.

Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal menghadapi Oman di Muscat pada Khamis hadapan sebelum kembali bertemu pasukan sama pada 26 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN