‘Ibarat Retak Menanti Belah’- Adakah KL City Mampu Bernafas Untuk Saingan Hadapan?

Kuala Lumpur City (KL City) kini boleh dianggap berada pada tahap cukup menyedihkan, selepas ianya bermula pada pertengahan tahun lalu menerusi siri tunggakan gaji yang cukup besar.

Malah, tunggakan tersebut masih lagi berlaku sehingga kini walaupun sudah menerima amaran cukup keras daripada badan pengelola, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengenai isu tersebut.

Terbaharu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) iaitu Khalid Samad sah meletakkan jawatan tersebut berkuat kuasa hari ini menerusi perkongsian dibuat oleh Fina Nasrom sebelum itu.

Tidak cukup dengan perkara tersebut, pengendali utama KL City iaitu Nenad Bacina turut mengucapkan perpisahan bersama kelab itu di media sosial Instagram dengan gambaran terbaharu menyatakan posisi ketua jurulatih kelab berkenaan bakal ada kekosongan.

Menerusi satu info yang kami terima, berkemungkinan besar Wan Rohaimi Bin Wan Ismail bakal menggantikan kekosongan tersebut untuk musim akan datang.

Saat pasukan lain mula giat mempersiapkan diri dengan mengumumkan pemain baharu serta pelan pramusim bakal dilaksanakan, KL City masih lagi tergapai-gapai untuk menyelesaikan pelbagai isu dalaman.

Malah, kebanyakan para pemain pasukan tersebut juga sudah pun menyertai kelab baharu dan sudah pun diumumkan secara rasmi menerusi media sosial pasukan masing-masing.

Adakah legasi ini akan terpadam selamanya pada saingan akan datang tatkala beberapa rekod serta kejayaan dicipta mereka sejak beberapa musim di pentas domestik serta antarabangsa.

Kejayaan meraih gelaran juara Piala Malaysia 2021 serta melayakkan diri ke pentas akhir AFC 2022 pastinya akan terus menjadi kenangan terindah buat KL City yang ketika itu memberi inspirasi buat kebanyakan kelab lain di Malaysia.

Selain itu, laporan juga menyatakan hari ini merupakan tarikh terakhir buat KL City serta Kedah Darul Aman (Kedah) untuk menyelesaikan 50 peratus daripada jumlah hutang pada tahun lalu sebagai syarat untuk mengekalkan diri dalam saingan Liga Super.

Namun menerusi perkongsian dibuat oleh salah seorang staf kejurulatihan pasukan tersebut kepada kami, ianya masih lagi belum dilangsaikan sehingga petang tadi.

“Ya masih belum terima sehingga kini dan kami masih menanti perkhabaran positif tersebut supaya ianya dapat dilangsaikan secepat mungkin,” jelas sumber tersebut.

Malah, jumlah tunggakan setiap pasukan bawah kelolaan KL City juga tidak sama apabila beliau menyatakan ada yang masih belum menerima pembayaran lebih daripada sebulan sahaja lagi.

Pandangan anda, adakah KL City masih boleh diselamatkan untuk saingan akan datang?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN