“Umpama Jelmaan Gopi”- Kelibat Saravanan Mampu Tajamkan Lagi Aspek Serangan Sri Pahang

Penyerang muda kebangsaan, T. Saravanan kini secara rasminya menyertai Sri Pahang untuk memperkukuhkan aspek serangan pasukan itu pada saingan musim 2024/2025.

Ini menjadi detik pertama kali buat Saravanan untuk menyertai Sri Pahang, dan beliau telah pun diperkenalkan secara rasmi melalui media sosial pasukan tersebut semalam.

“Selamat datang Saravanan ke Darul Makmur. Pemain sayap lincah yang semakin mencipta nama, T.Saravanan kini milik Sri Pahang.

“Pemain berusia 23 tahun ini menandatangani kontrak selama dua musim bersama Tok Gajah,” jelas kenyataan tersebut melalui media sosial rasmi Sri Pahang berkenaan pemain tersebut.

Nama Saravanan antara yang paling mencuri tumpuan kini dalam pembangunan bakat muda di Malaysia, apabila beliau tampil menyerlah bersama kelab di saingan domestik serta unggul buat skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.

Musim lalu menyaksikan Saravanan telah diberi peluang beraksi sebanyak 28 perlawanan di peringkat domestik dengan menghasilkan empat gol bersama dua bantuan jaringan secara keseluruhan bersama Kuala Lumpur City (KL City).

Untuk pemain muda berusia 23 tahun, ianya merupakan sesuatu sangat baik buat perkembangan Saravanan yang diberi banyak peluang beraksi serta membuktikan kualitinya di hadapam gawang gol.

Saravanan juga turut menjadi pemain paling mencuri tumpuan bersama skuad bawah 22 (B-22) apabila beliau meledak empat gol dalam satu perlawanan ketika menentang Singapura selain satu bantuan jaringan dalam saingan Sukan SEA.

Untuk siri Kelayakan Piala Asia B-23, Saravanan juga menjadi antara watak penting untuk membantu Harimau Malaya melayakkan diri ke saingan tersebut tidak beberapa bulan sahaja lagi.

Secara keseluruhan, Saravanan sedang melalui proses cukup baik kini selaku pemain muda berpotensi tinggi untuk terus berkembang pada masa hadapan.

Hadir dengan kualiti daripada segi kepantasan, lincah, serta tajam di hadapan gol menyaksikan beliau mampu menjadi satu aset cukup berguna buat Sri Pahang pada saingan kali ini.

Malah, pemain tersebut juga tidak salah untuk dianggap sebagai jelmaan legenda mereka pada suatu ketika iaitu R. Gopinathan atau kini dikenali sebagai Gopi Rizqi.

Gopi pada suatu ketika memiliki keupayaan lebih kurang sama seperti Saravanan dan beberapa penyokong Tok Gajah di media sosial juga berharap supaya bintang muda ini mampu memberi sumbangan terbaik buat Sri Pahang.

Selain Saravanan, terdahulu Sri Pahang juga menandatangani beberapa pemain tempatan serta import untuk memperkukuhkan lagi setiap posisi pasukan tersebut serta mampu memberi persaingan sengit buat lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN