Ini Sebab Terengganu Pilih Ismaheel Akinade Selaku Penggempur Baharu Musim 2024/2025

Terengganu secara rasminya kini berjaya menandatangani pemain import baharu mereka di posisi penyerang untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim akan datang iaitu Ismaheel Akinade.

Kehadiran Akinade kini menjadikan Terengganu sudah pun menandatangani tiga pemain import untuk saingan hadapan dan dijangka Argzim Redzovic turut akan diperkenalkan semula di media sosial.

Dua lagi pemain import yang sudah diperkenalkan ialah Ivan Mamut serta pemain tengah serangan kreatif mereka iaitu Nurillo Tukhtasinov, dan ada laporan menyatakan pertahanan dari Belanda juga bakal memperkuatkan Sang Penyu.

Nama Akinade bukan lagi suatu yang asing dalam arena bola sepak tempatan, apabila beliau pernah beraksi untuk Kelantan The Warriors (TRW) serta Kelantan United pada saingan musim lalu.

Saingan lalu menyaksikan Akinade telah pun meledak 10 gol bersama 6 bantuan jaringan daripada 25 penampilan beliau di semua saingan peringkat domestik (kecuali Challenge Cup).

Pengaruh Akinade di posisi serangan bersama dua pasukan diwakili beliau musim lalu boleh dianggap cukup menyerlah kerana pemain tersebut memiliki kerajinan cukup tinggi bagi menggerakan sesuatu positif buat pasukannya.

Selain beraksi di posisi serangan utama, Akinade juga berkelebihan untuk beraksi selaku pemain sayap kanan kerana memiliki kepantasan serta lincah mengawal bola mengikut kesesuaian taktikal diterapkan oleh jurulatih.

Maka tidak hairan mengapa Terengganu ingin mendapatkan khidmat pemain tersebut selaku salah satu aset terbaharu mereka di posisi serangan bersama Ivan Mamut.

Menurut pengendali Sang Penyu iaitu Tomislav Steinbruckner, beliau telah pun menyenaraikan Akinade untuk saingan hadapan kerana melihat pemain tersebut memiliki potensi untuk dibangunkan bersama Mamut di posisi utama serangan mereka.

Mamut yang memainkan peranan penting bersama Terengganu musim lalu antara pemain dikekalkan dan pastinya Steinbruckner mempunyai perancangan untuk menggandingkan beliau bersama tonggak bersesuaian.

Apatah lagi Terengganu menjadi antara yang membuat penjimatan pada musim hadapan daripada segi menandatangani pemain-pemain baharu, sudah tentu Steinbruckner berhati-hati dalam membuat pemilihan tersebut.

Selain itu, untuk kategori pemain tempatan menyaksikan Terengganu terlebih dahulu menandatangani bekas pemain tengah berpengaruh Kuala Lumpur City (KL City), Akram Mahinan.

Di posisi serangan, ada perubahan menarik mungkin akan dilihat terutama di bahagian sayap Terengganu apabila mereka berjaya mendapatkan Akhyar Rashid serta Safawi Rasid secara status pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN