Perjalanan Indonesia dalam saingan Piala Asia bawah 23 (B-23) secara rasminya telah pun berakhir, apabila pasukan itu terkandas di pusingan 16 terakhir kepada Australia pada hari semalam.
Terdahulu, skuad kendalian Shin Tae-yong tampil mencipta rekod tersendiri dalam saingan tersebut setelah kejayaan mereka untuk menjadi antara negara dari Asia Tenggara melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik.
Kejayaan itu menyaksikan Indonesia perlu berdepan dengan salah satu gergasi Asia iaitu Australia sebelum mereka tewas menerusi jumlah jaringan besar 0-4 pada perlawananntersebut dengan aksi serba kurang menjadi di posisi pertahanan.
Empat gol Australia terhasil menerusi jaringan sendiri daripada pertahanan warisan Indonesia iaitu Elkan Baggott, Martin Boyle, Craig Goodwin, serta penyerang berbisa mereka, Harry Souttar pada penghujung permainan.
Keputusan itu menyaksikan Indonesia terpaksa menerima hakikat perjalanan mereka di saingan Piala Asia 2023 sudah pun berakhir di pusingan 16 terbaik sahaja.
Walaupun begitu, Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir tetap berpuas hati akan pencapaian pasukan tersebut sambil memberi beberapa pujian.
“Pada pandangan saya, semua pemain sudah pun berjuang dan memberikan segalanya terbaik untuk Indonesia di pentas Piala Asia 2023.
“Semangat ditampilkan para pemain pada pendapat saya sangat luar biasa, pemain melepaskan segalanya serta beraksi tanpa rasa takut, tetap semangat semuanya,” ujar Erick menerusi laporan dikeluarkan oleh Bola.com.
Pada masa sama, Erick juga masih menunggu keputusan pengendali Indonesia iaitu Shin untuk cuba membawa skuad bawah 23 (B-23) pula selepas ini dalam saingan Piala Asia sebelum menentukan masa depan jurulatih tersebut.
Shin boleh dianggap sebagai suatu simbol kebangkitan buat bola sepak Indonesia selepas perubahan mendadak dipamerkan pasukan itu daripada segi corak permainan dan lebih banyak bakat-bakat baharu berjaya diperkenalkan.
Pemain seperti Marselino Ferdinan serta Ernando Ari antara telah diperkenalkan Shin di pentas antarabangsa dan menjadi antara bintang muda paling sensasi di Asia Tenggara kini.
Malah, Shin juga berjaya memastikan pasukan itu untuk melayakkan diri ke saingan Piala Asia 2023 selain memastikan Indonesia lolos ke pusingan 16 terbaik secara keseluruhan.
Sepanjang di kejohanan Piala Asia 2023, Indonesia telah merekodkan satu kemenangan daripada empat perlawanan dilalui dengan meledak tiga gol keseluruhan selain bolos sebanyak 10 jaringan.