Paulo Josue Akui Raih Banyak Pengalaman Dalam Saingan Piala Asia 2023

Pemain naturalisasi kebangsaan, Paulo Josue akui beliau mendapat banyak pengalaman berguna sepanjang mengharungi saingan Piala Asia 2023 di Qatar.

Malaysia secara rasminya kini sudah pun tersingkir untuk ke pusingan 16 terbaik, selepas mereka mencatat dua kemenangan berturut-turut serta tiada sebarang gol direkodkan bagi peringkat Kumpulan E.

Aksi untuk hari esok menentang Korea Selatan boleh dianggap tidak membawa sebarang makna lagi untuk Malaysia cuba mencongak peluang ke pusingan seterusnya.

Tetapi, ianya dianggap penting buat barisan pemain sendiri untuk mereka cuba mencipta kejutan serta memberi kegembiraan dalam kalangan penyokong sebelum berlepas pulang dari Qatar.

Josue yang menjadi antara pemain naturalisasi dibawa ke sana, menjadi antara memainkan peranan cukup besar khususnya pada aksi menentang Bahrain untuk menghidupkan lagi serangan pasukan kebangsaan.

Melihat kepada aksi-aksi dihadapi beliau dan rakan sepasukan lalu, beliau akui banyak pengalaman berguna diraih mereka untuk tampil lebih baik pada masa hadapan.

Jelas Josue, beliau melihat pasukan kebangsaan tetap berada dalam landasan terbaik kini untuk menjadi lebih kuat di pentas antabangsa pada masa hadapan meskipun mereka gagal di saingan Piala Asia 2023.

Untuk tampil lebih cemerlang di saingan tertinggi itu, Malaysia memerlukan lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri bagi berhadapan pasukan handalan lain.

Ulas pemain kelahiran Brazil itu lagi, menerusi pengalaman-pengalaman diraih sepanjang berada di sana ianya akan mematangkan barisan pemain negara untuk masa hadapan.

“Kami perlu belajar daripada kesilapan apabila Malaysia kembali bersaing dalam Piala Asia selepas 17 tahun dan ia sukar.

“Kami akan mengambil bahagian lagi pada masa hadapan dan memperoleh lebih banyak pengalaman serta pemahaman lebih mendalam tentang kejohanan itu.

“Selepas itu barulah kami boleh mengharapkan peningkatan. Kami mempunyai staf kejurulatihan hebat yang menganalisis segala-galanya. Semua orang perlu bertanggungjawab dan belajar daripada ini.

“Kami mesti teruskan kerana kami akan mempunyai peluang untuk layak ke Piala Asia akan datang,” katanya menerusi laporan daripada Harian Metro.

Kami di Semuanya BOLA berharap suatu hari nanti Malaysia akan kembali ke saingan Piala Asia bersama keyakinan jauh lebih baik berbanding kini.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN