Richard Scully: “Jika Nasib Menyebelahi, Sejarah Baharu Mungkin Tercipta”

Pemerhati bola sepak negara, Datuk Richard Scully tampil dengan sangat optimis untuk melihat aksi pertama Harimau Malaya pada saingan Piala Asia 2023 yang akan membuka tirai menerusi aksi pertama mereka berdepan Jordan.

Jika dilihat pada rekod semasa, jelas ianya memihak kepada Jordan yang tampil lebih cemerlang daripada segi kedudukan ranking serta kualiti para pemain jika dibandingkan Malaysia.

Namun, pasukan kebangsaan juga tidak kurang hebatnya kini selepas mereka sudah pun membuktikan segalanya di pentas antarabangsa sejak bawah kendalian Kim Pan-gon.

Hadir selaku salah satu pasukan ‘underdog’, Malaysia dijangka bakal turun beraksi dengan tanpa sebarang tekanan untuk menghadapi pasukan lawan pada aksi sulung itu.

Malah, para pemain negara juga tidak perlu meletakkan sebarang tekanan tinggi untuk aksi sulung itu bagi mengelakkan fokus mereka terganggu sepanjang aksi berlangsung.

Menurut Richard, beliau memesan kepada barisan pemain negara untuk tidak sesekali merasa gentar apabila bertemu Jordan bagi aksi sulung tersebut.

Katanya, para pemain Harimau Malaya perlu tampil dengan serba positif serta berada dalam keadaan terbaik untuk mencerahkan peluang mereka meraih kejayaan serta berpeluang ke pusingan seterusnya.

Walaupun secara logiknya lawan berada di kedudukan lebih baik berbanding Malaysia, para pemain negara tidak perlu goyah untuk cuba memberi persaingan sebaik mungkin sepanjang aksi berlangsung.

“Kita tidak perlu gentar walaupun lawan mempunyai reputasi besar atau ada kelebihan untuk memenangi perlawanan itu. Di kejohanan besar seperti Piala Asia, segalanya boleh berlaku.

“Banyak pasukan sudah buktikan walaupun dianggap kerdil namun mampu menumpaskan lawan bertaraf gergasi. Malaysia juga akan melakukan perkara sama.

“Sekarang ini, barisan pemain perlu fokus dan lebih kental mengharungi perlawanan kempen kumpulan E. Jika nasib menyebelahi kita, mungkin sejarah baharu tercipta melangkah ke 16 pasukan terbaik,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Selepas bertemu Jordan, Malaysia akan meneruskan kempen saingan ini di peringkat kumpulan untuk menghadapi cabaran Bahrain serta Korea Selatan sebelum mengetahui jika mereka mampu atau tidak untuk layak ke pusingan seterusnya.

Bawah kendalian Kim, Malaysia mempertaruhkan ramai pemain handalan negara seperti Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi, Paulo Josue, Dion Cools serta ramai lagi untuk menjulang nama pasukan di pentas antarabangsa.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN