Adakah Harimau Malaya Layak Dilabel ‘The Giant Killer’ Untuk Piala Asia 2023?

Pasukan Harimau Malaya bakal menghadapi saingan Piala Asia 2023 tidak beberapa jam sahaja lagi di Qatar dengan Jordan bakal menjadi lawan pertama mereka bagi aksi Kumpulan E.

Terdahulu, skuad kebangsaan tampil dengan prestasi cukup menyakinkan dalam beberapa perlawanan persahabatan serta aksi kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 lalu.

Bawah kendalian Kim Pan-gon, nasib bola sepak Malaysia kian berubah dengan perkara paling drastik sekali membabitkan corak permainan sebelum kedudukan ranking menjadi lebih positif.

Pencapaian paling positif dicapai Malaysia sebelum ini pastinya ketika Kim memastikan Harimau Malaya layak secara merit ke saingan Piala Asia 2023 selepas menamatkan penantian selama 43 tahun.

Daripada segi keputusan dilakar, Malaysia juga semakin berani mencabar negara-negara besar bersama rekod yang di luar jangkaan untuk mendapat pujian para penyokong.

Hong Kong, Kepulauan Solomon, India, Kyrgyzstan, serta Chinese Taipei antara negara yang sudah pun dikejutkan oleh Malaysia menerusi aksi di pentas antarabangsa.

Malah, pasukan pilihan seperti Syria dan China juga gagal untuk menjatuhkan Malaysia, selepas mereka sekadar mampu mengikat Harimau Malaya menerusi keputusan seri sahaja.

Rentetan keputusan positif yang dibawa Malaysia kini sedikit sebanyak telah membuka mata banyak negara besar seperti Korea Selatan serta Arab Saudi mengenai prestasi semasa pasukan kebangsaan.

Secara dasarnya, Malaysia tampil dalam saingan Piala Asia kali ini tanpa sebarang tekanan besar dan diletakkan sebagai antara pasukan ‘underdog’ terutama sekali dalam Kumpulan E.

Walaupun hadir dengan status ‘underdog’, reputasi semasa Malaysia sejak kebelakangan ini jelas bukan suatu perkara yang perlu diambil ringan oleh Jordan, Bahrain, serta Korea Selatan.

Malah, Kim Pan-gon sendiri pernah menyatakan pasukan kendaliannya tidak pernah berada dalam tekanan berbanding pasukan lawan untuk saingan kali ini.

“Tekanan akan berada pada lawan Malaysia, kerana pasukan tersebut akan mengharapkan kemenangan, manakala bagi Malaysia, satu seri sudah cukup baik,” jelas beliau menerusi satu petikan di Harian Metro.

Suka atau tidak, Harimau Malaya dianggap mampu untuk memberi kejutan besar jika para pemain kendalian Kim berada dalam momentum terbaik di segenap posisi untuk menghadapi pasukan lawan.

Pandangan anda mengenai skuad kebangsaan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN