“Masing-Masing Tak Mau Ambil Tanggungjawab”- Perlis United ‘Liat’ Bayar Gaji?

Pasukan dalam saingan Liga M3 iaitu Perlis United kini dilaporkan antara mengalami isu tunggakan gaji kepada para pemain sejak bulan September pada tahun lalu sehingga kini.

Pendedahan itu dibuat oleh salah seorang pemain kelab tersebut itu sendiri kepada kami tentang masalah dihadapinya bersama rakan sepasukan lain tentang isu gaji.

Jelas beliau kepada Semuanya BOLA, mereka masih lagi belum menerima sebarang pembayaran gaji untuk bulan September dan Oktober bagi tahun lalu.

Ketika ditanya jika pasukan tersebut mengalami isu pembayaran gaji sejak awal musim, pemain itu menyatakan ianya bermula dengan baik terdahulu sebelum mula timbul pada Ogos 2023.

Malah, untuk pembayaran gaji bulan Ogos juga dinyatakan sangat lewat selepas mereka mendapat hak masing-masing sebulan selepas itu.

Beliau juga mengakui bukan hanya dirinya seorang mengalami isu tersebut, tetapi keseluruhan pemain juga mengalami masalah tunggakan gaji sejak bulan September.

“Untuk pengetahuan, gaji bagi bulan September serta Oktober 2023 sehingga kini kami masih belum menerima sebarang pembayaran daripada pasukan.

“Rekod sebelum ini bermula dengan sangat baik selepas kami dibayar gaji secara tersusun pada awal musim tanpa sebarang isu berlaku.

“Tetapi, masalah tersebut mula berlaku selepas memasuki bulan Ogos 2023, apabila kami dibayar lewat sebulan sehingga memasuki bulan September.

“Bulan September baru kami terima gaji Ogos lalu, tetapi untuk September dan November masih lagi tiada sebarang pembayaran dibuat sehingga kini.

“Kalau tanya saya, semua para pemain Perlis United masih belum terima pembayaran gaji untuk September dan Oktober, tetapi untuk pihak pengurusan sendiri saya tak tahu.

“Apa boleh saya katakan, isu ini bermula bila pihak atasan Perlis United mengharapkan kerajaan negeri untuk bantu atau salurkan dana kepada para pemain yang mengalami tunggalam gaji.

“Tetapi, situasi di Perlis sekarang boleh dianggap sangat rumit apabila masing-masing tak mahu ambil tanggungjawab membayar gaji kepada kami,” jelas beliau kepada kami.

Terdahulu, penyerang pasukan tersebut Zafuan Azeman juga turut memberi bayangan mengenai isu tunggakan gaji dialami beliau bersama kelab berkenaan pada 10 November lalu.

Kami di Semuanya BOLA berharap pihak pengurusan Perlis United mengambil sikap lebih bertanggungjawab untuk melunaskan baki pembayaran gaji kepada para pemain terlibat.

Isu kebajikan pemain merupakan sesuatu sangat penting, dan elakkan diri mengambil sikap melepaskan tanggungjawab tersebut yang hanya memberi kesan negatif buat nama pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN