PDRM Berjaya Kekalkan Bruno Suzuki Untuk Musim Hadapan

PDRM nampaknya terus bergerak pantas pada jendela perpindahan kali ini dengan pasukan tersebut berjaya mengekalkan bintang penyerang mereka pada tahun lalu iaitu Bruno Suzuki.

Perkara ini dinyatakan secara rasmi oleh laman PDRM di media sosial dengan menyatakan Bruno Suzuki kekal menjadi milik pasukan berkenaan untuk musim hadapan.

Terdahulu, wartawan Astro Arena iaitu Fadhirul Suhaimi telah pun menyatakan Bruno berkemungkinan besar akan terus kekal bersama The Cops untuk musim akan datang.

“Selepas kekalkan Fadi Awad & Kyaw Min Oo, PDRM FC dijangka turut menawarkan kontrak lanjutan selama semusim kepada penyerang, Bruno Suzuki. Pengumuman rasmi bakal dikeluarkan dalam tempoh masa terdekat,” jelas kenyataan tersebut.

Secara keseluruhan musim ini menyaksikan Bruno sudah pun mencatat 12 jaringan keseluruhan buat PDRM dalam semua perlawanan dihadapinya bersama pasukan tersebut untuk aksi domestik.

Pemain ini pada asalnya tidak begitu diberi perhatian ramai pada awal musim, sebelum secara tiba-tiba mempamerkan kualiti cukup hebat bersama PDRM dalam setiap aksi dihadapi.

Jika dilihat pada rekod semasa beliau, sudah tentu tiada sebab mengapa PDRM tidak boleh mengekalkan beliau untuk saingan musim hadapan selaku salah seorang penggempur utama mereka.

Selain tajam di hadapan gol, penyerang ini juga tampil dengan sangat lincah di atas padang menerusi gelecekan beliau untuk mengatasi pertahanan lawan.

Malah, beliau juga tidak menghadapi sebarang kesukaran untuk membentuk kombinasi mantap bersama rakan serangan lain bagi mendapatkan gol buat PDRM.

Paling diingati musim lalu pastinya membabitkan gandingan pemain tersebut bersama Nabil Ahmad Latpi yang dianggap sangat berbahaya untuk mengkucar kacirkan barisan pertahanan pasukan lawan.

Ketika ini, PDRM sudah pun mengesahkan tiga pemain import mereka pada tahun lalu akan bersama pasukan tersebut untuk saingan musim hadapan.

Bermula dengan perancang tengah dari Jordan iaitu Fadi Awad, PDRM juga berjaya mengekalkan pertahanan kental mereka, Kyaw Min Oo, serta terbaharu Bruno Suzuki.

Status semasa yang menjadi persoalan kini pastinya terarah kepada seorang lagi penyerang import mereka pada tahun lalu iaitu Uche Agba jika beliau akan terus kekal atau memilih pasukan baharu kelak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN