Selangor Intai 2 Pemain Serangan Berprofil Tinggi Musim Depan?

Selangor nampaknya mungkin akan memulakan langkah mereka dengan lebih awal untuk membuat persiapan lebih rapi sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula beberapa bulan lagi.

Terdahulu, Selangor berjaya melayakkan diri ke pentas Asia pada musim hadapan selepas kejayaan mereka untuk menamatkan cabaran dalam saingan Liga Super 2023 di tangga kedua.

Kejayaan itu pastinya ingin cuba dikekalkan pada musim hadapan, dengan The Red Giants kini sudah pun dikaitkan dengan beberapa pemain import baharu menerusi media sosial.

Laporan terbaharu menyatakan Selangor berkemungkinan akan menandatangani dua pemain import serangan baharu dalam usaha mereka untuk memperkukuhkan lagi posisi berkenaan pada saingan hadapan.

Ketika ini, hanya Yohandry Orozco dilaporkan telah menyambung kontrak baharu bersama Selangor sementara penyerang berbisa mereka iaitu Ayron Del Valle berkemungkinan akan berpindah kelab.

Bagi mengisi kekosongan itu, pastinya Selangor kini sedang giat untuk cuba mendapatkan beberapa muka baharu yang dianggap layak untuk mengisi ketajaman Ayron pada musim ini.

Laporan terbaharu daripada wartawan sukan, T. Avineshwaran menyatakan Selangor sedang mengintai peluang untuk mendapatkan barisan serangan import baharu dengan dua nama kini dikatakan bakal menyertai The Red Giants.

“Selangor sedang memburu penyerang import baharu untuk ditandatangani dengan dua nama pemain dikaitkan bersama kelab berkenaan, dan sumber menyatakan rundingan sedang dibuat.

“Import yang dikatakan itu ialah pemain sayap kebangsaan Cape Verde, Alvin Fortes serta penyerang kacukan Turki-Sweden iaitu Deniz Hummet,” jelas beliau di laman X.

Alvin Fortes sebelum ini dilaporkan bersama Nongbua Pitchaya di Thailand secara pinjaman dan sudah pun meledak beberapa gol untuk pasuka berkenaan.

Beraksi di posisi sayap kanan, pemain ini menampilkan aksi cukup lincah untuk mengatasi pertahanan lawan selain mampu memberikan tawaran kreativiti daripada segi hantaran.

Mengenai Deniz pula, pemain ini dianggap cukup ideal untuk menggantikan posisi Ayron kerana masih muda dan berada dalam momentum tersendiri selepas tampil konsisten dalam saingan tertinggi di Sweden bersama Kalmar FF.

Kehadiran Deniz yang berpengalaman di pentas Eropah dianggap sangat baik buat Selangor yang akan mengharungi cabaran besar di saingan Asia pada musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN