2 Kali Ulang Kesilapan Sama Bukti Pimpinan Man United ‘Dungu’ Kendalikan Kontrak Pemain

Kepimpinan Manchester United telah melakukan kesilapan dungu melibatkan kontrak Raphael Varane dan hal yang sama juga sebenarnya sudah berlaku kepada pemain lain sebelum ini.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, masa depan Varane di Old Trafford sepertinya semakin tak jelas dan beliau berkemungkinan akan meninggalkan kelab tidak lama lagi.

Varane kini bukan lagi pilihan utama Erik ten Hag untuk skuad Manchester United dengan beliau lebih kerap memanaskan bangku simpanan berbanding beraksi di atas padang.

Beliau walau bagaimanapun telah diberi tanggungjawab untuk beraksi dalam kesebelasan utama Red Devils bersama Jonny Evans untuk dua perlawanan terakhir mereka.

Varane turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan bersama Man United ketika aksi terikat 0-0 bertemu Liverpool kemarin.

Menurut sumber laporan dari Manchester Evening News, Varane sebenarnya berharap agar Man United akan ‘trigger’ syarat lanjutan setahun dalam kontraknya, supaya beliau boleh kekal di Old Trafford sekurang-kurangnya hingga 2025.

Seandainya Man United tidak melakukan hal tersebut, maka Varane sebenarnya boleh melakukan rundingan dengan mana-mana kelab Eropah bermula minggu hadapan.

Ketika wakil kelab ditanya oleh The Athletic tentang hal tersebut, kem Man United menolak untuk memberi sebarang komen berkait situasi yang sedang berlaku.

Laporan sama turut mendedahkan yang Man United sebenarnya telah tersilap mengeluarkan kenyataan berkait kontrak Raphael Varane.

The Red Devils mendedahkan yang Varane sudah menandatangani kontrak selama empat tahun hingga Jun 2025 ketika awal mereka mengumumkan bintang Perancis itu sebagai pemain terbaru kelab.

Ramai yang percaya Varane ketika itu menandatangani kontrak selama empat tahun dengan pilihan lanjutan selama 12 bulan.

Namun begitu, Varane sebenarnya hanya menandatangani kontrak selama tiga tahun dan tambahan lanjutan satu tahun (pilihan).

Dan kerana tersilap berkait kontrak Varane, Man United mungkin berpotensi untuk kehilangan bintang Perancis itu ketika mereka sedang benar-benar memerlukan khidmatnya.

Hal ini kerana Varane dibenarkan untuk membuat rundingan dengan kelab Eropah lain kerana kontraknya bersama kelab akan tamat tidak lama lagi.

Manchester United pada ketika ini sangat terdesak mahu meneruskan khidmat pemenang empat kali gelaran Champions League itu, dek kerana mereka berdepan krisis kekurangan pemain di posisi pertahanan.

Hanya Varane dan Evans sahaja pemain pertahanan Man United yang benar-benar cergas untuk beraksi dengan tiga bintang utama, Harry Maguire, Lisandro Martinez dan Victor Lindelof tak dapat diturunkan.

Luke Shaw boleh bermain di posisi centre-half, namun begitu khidmat beliau lebih diperlukan di bahagian lain.

Man United pernah buat kesilapan sama sebelum ini

Manchester United sebenarnya pernah mengulangi kesilapan sama sebelum ini dengan pihak kelab ketika itu menyangka Nemanja Matic telah menandatangani perjanjian baru selama tiga tahun dan akan kekal bersama kelab hingga 2023.

Walau bagaimanapun, pemain kebangsaan Serbia itu telah meninggalkan kelab sebagai pemain bebas ejen pada tahun 2022 kerana kontraknya telah tamat.

Ramai yang bingung ketika melihat hal itu berlaku kerana menyangka kontrak Matic bersama kelab seharusnya tamat pada 2023 bukannya 2022.

Walau bagaimanapun, Matic sendiri mendedahkan kepada umum yang kontrak beliau sebenarnya hanyalah dua tahun dengan tawaran lanjutan selama 12 bulan (pilihan).

Matic kemudiannya memilih untuk mengikuti jejak langkah bekas pengurusnya, Jose Mourinho ke AS Roma dengan beliau kini sudah membuat 35 penampilan dalam saingan Serie A dan membantu skuadnya layak ke perlawanan akhir saingan Europa League musim lalu.

Bintang berusia 35 tahun itu kini menyertai Rennes dan sudah membuat 13 penampilan dalam saingan Ligue 1.

Rata-rata peminat kecewa melihat kedunguan pimpinan kelab yang kerap melakukan kesilapan melibatkan kontrak pemain.

Pimpinan kelab kononnya percaya yang Varane mempunyai kontrak selama empat tahun, sedangkan beliau hanya memiliki kontrak selama tiga tahun sahaja.

Kesilapan dungu seperti ini sebenarnya tak seharusnya dilakukan oleh kelab, apa lagi untuk kelab gah seperti Manchester United dan tak hairanlah mengapa peminat kecewa ketika melihat hal ini berlaku.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN