Barcelona mahu menamatkan kerjasama dengan syarikat gergasi dari Amerika Syarikat, Nike dengan kedua-dua mereka sudah bekerjasama sejak 25 tahun lalu lagi.
Gergasi Catalan itu dilaporkan tidak gembira dengan nilai yang mereka terima dari Nike dan kerana itulah mereka sedang mempertimbangkan untuk mencari rakan penaja baru.
Nike sudah mula menghasilkan jersi untuk Barcelona sejak dari tahun 1998 lagi dengan mereka turut mengikat kontrak bersama gergasi La Liga itu hingga tahun 2028 nanti.
🚨 New Balance wants to become the new kit supplier for Barcelona!
Tensions exist between Nike and Barça. ⚡️
The Spanish club, which is linked to Nike until 2028, believes that its current contract, which is worth €155m per season is lower than the market price. ❌
Puma has… pic.twitter.com/pJ0OyRyF5o
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) December 1, 2023
Seandainya kerjasama antara kedua-dua mereka terus terjalin mengikut waktu yang ditetapkan, maka Nike sebenarnya bakal menjadi pengeluar jersi untuk Barca selama 30 tahun.
Nike sudah mengeluarkan banyak rekaan jersi yang menarik untuk kelab dari Sepanyol itu dan mereka juga turut pernah menghasilkan corak ikonik yang sudah dipakai oleh ramai legenda terhebat sepanjang zaman dalam sejarah bola sepak.
Dari corak biasa pada tahun 1999, hinggalah kepada rekaan semakin menarik yang dipakai oleh legenda seperti Ronaldinho, Andreas Iniesta dan Lionel Messi, Nike sentiasa ada ketika era kegemilangan Barca.
Kerjasama antara Nike dengan Barcelona sebenarnya antara yang paling menarik dalam dunia bola sepak hari ini.
Barcelona menerima sekurang-kurangnya sekitar €100 juta (RM509 juta) semusim dan ia berpotensi untuk meningkat hingga €155 juta (RM791 juta) setahun termasuk bonus.
🚨🚨🌕| 𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐈𝐍𝐆: FC Barcelona and Nike are set to part ways for the main jersey sponsorship.
Puma & New Balance have been in contact with Barça and are offering more lucrative deals. [Footy Headlines] pic.twitter.com/iQgZr7LLkb
— Managing Barça (@ManagingBarca) December 1, 2023
Walau bagaimanapun, sejak rundingan baru telah ditandatangani pada tahun 2018 yang lalu, media Sepanyol, Sport melaporkan bahawa kepimpinan Barcelona tidak begitu berpuas hati dengan apa yang mereka terima dari Nike.
Kepimpinan Barcelona juga dilaporkan mahu mengajak Nike berunding semula kerana mereka merasakan nilai yang kelab terima terlalu rendah dan tak berbaloi.
Media dari Sepanyol itu juga turut mendakwa yang Barcelona sudah mula mengadakan rundingan dengan dua lagi syarikat lain, yang berminat mahu jalin kerjasama dengan mereka.
New Balance dan Puma merupakan dua syarikat yang berminat mahu menjalin kerjasama dengan gergasi Catalan itu andai mereka tidak lagi bersama Nike.
Hal tersebut masih tidak jelas lagi kerana Barcelona sendiri masih mahu melakukan rundingan bersama Nike untuk meminta kenaikkan nilai kontrak.
Seandainya Nike bersetuju untuk menerima permintaan dari Barcelona itu, maka kerjasama antara mereka bakal diteruskan lagi hingga 2028 nanti.
❗️There are tensions between Barcelona and Nike, who have been in a relationship since 1998.
The last contract was signed in 2016 and since then Nike have been paying Barça €155m per season but after conversations with various firms Barça believe that the figure is below the… pic.twitter.com/MW7VbG5p4d
— Barça Buzz (@Barca_Buzz) November 30, 2023
Nike juga mungkin akan meminta lanjutan kontrak bersama Barca andai mereka bersetuju untuk membayar lebih.
Melihat kepada kemampuan Nike dan nama Barcelona itu sendiri, sepertinya tiada masalah untuk syarikat dari Amerika Syarikat itu menaikkan lagi nilai tajaan mereka.
Selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi dan isu-isu panas sebelum ini, Barcelona kini tidak dinafikan sedang dalam fasa untuk menaikkan semula kelab mereka menjadi salah sebuah kelab terhebat dalam dunia bola sepak.
Walau sudah kehilangan Lionel Messi dan tidak lagi menjadi kuasa besar di pentas bola sepak Eropah, namun harus diakui Barca masih lagi ada aura mereka yang tersendiri.
Gergasi La Liga itu juga masih memiliki barisan bintang berkelas dunia, yang akan mampu untuk menarik minat penaja menaja mereka.
Barcelona pada ketika ini berada di kedudukan keempat dalam carta saingan La Liga, namun mereka masih bersaing rapat untuk merebut gelaran liga musim ini.
Di pentas saingan Champions League pula, Barcelona sepertinya sedang sangat cemerlang pada ketika ini dengan mereka mendahului carta peringkat kumpulan H.
Barcelona is considering replacing Nike, their kit sponsor of 25 years, with New Balance as part of efforts to boost income.
Their current contract with Nike, generating €155 million annually, runs until 2028 but is seen as below market value. New Balance has shown interest in… pic.twitter.com/A9eep0oJYb
— Capology (@CapologyDB) December 2, 2023
Barca hanya perlu mencatatkan keputusan seri sahaja bertemu Royal Antwerp nanti, dalam usaha mereka untuk layak ke pusingan kalah mati.
Dan mereka akan segera layak ke pusingan kalah mati andai Porto dan Shakhtar Donetsk mencatatkan keputusan seri dalam aksi perlawanan terakhir mereka nanti.