Spekulasi Tentang Mengapa Berlakunya Pergaduhan Antara Pep Guardiola & Darwin Nunez

Peminat di media sosial membuat spekulasi sendiri tentang mengapa berlakunya pergaduhan antara Darwin Nunez dengan Pep Guardiola selepas tamat aksi pertemuan antara Liverpool bertemu Manchester City malam semalam.

Sebaik sahaja pengadil perlawanan, Chris Kavanagh meniupkan wisel penamat, Nunez dilihat terus pergi ke arah Pep dengan kedua-dua mereka terus bergaduh.

Jurgen Klopp, Pep Lijnders dan penjaga gol simpanan Liverpool, Adrian dilihat terpaksa masuk campur untuk meleraikan pergaduhan antara kedua-dua mereka itu.

Ramai peminat yang keliru melihat insiden tersebut kerana ia berlaku terlalu pantas.

Jurgen Klopp sendiri turut ditanya tentang hal tersebut ketika sesi sidang media selepas tamat perlawanan, dengan beliau menyatakan bahawa:

“Saya bukanlah orang yang tepat untuk menjelaskan kerana saya tidak terlibat sama sekali.”

Jelas Klopp sambil tersenyum.

“Dan saya juga tak faham walau sepatah.”

Selain Klopp, Pep Guardiola sendiri juga turut ditanya soalan sama dengan beliau dilaporkan telah menyatakan bahawa:

“Dia memang lebih kuat berbanding saya! Ia bukan kekecewaan, saya betul-betul gembira. Soalan yang kedua, kamu tanya saya itu? Mungkin ia soalan terakhir. Saya tersangat gembira. Kita semua tahu bagaimana kuatnya mereka.”

Peminat di media sosial hangat membincangkan tentang hal tersebut dan timbul lah spekulasi tentang mengapa insiden pergaduhan itu boleh berlaku.

Rata-rata peminat percaya pergaduhan itu berlaku berpunca dari insiden ketika keraian Pep Guardiola di depan muka Kostas Tsimikas pada April lalu.

Jika dilihat pada awal rakaman insiden tersebut, Nunez jelas menunjukkan ke arah gawang yang mana Trent Alexander Arnold meledak gol penyamaan pada minit ke-80 permainan.

Beliau dilihat mengeluarkan kata-kata sambil cuba untuk meluru ke arah Pep Guardiola.

Peminat di media sosial hangat membahaskan hal tersebut dan di bawah merupakan spekulasi-spekulasi dari peminat terhadap insiden itu.

“Pep lakukan hal sama seperti ini pada tahun lalu di Etihad, jadi Darwin sebenarnya hanya membalas balik apa yang Pep lakukan.”

“Ini adalah dendam dari Nunez ke atas Pep atas tindakannya kepada Tsimikas dan Arthur musim lalu, Nunez memang tak pernah lupa hal itu.”

“Saya fikir saya memang tahu sangat apa sebenarnya yang berlaku. Nunez tanya kepada Pep adakah dia suka gol Trent, ini adalah balasan atas apa yang Pep lakukan pada Tsimikas pada musim lalu.”

Ketika Pep Guardiola dikatakan menganjing Tsimikas pada musim lalu, beliau turut pernah bercakap tentang hal tersebut dalam satu sesi sidang media untuk memohon maaf dan memberi penjelasan.

“Nah, ayuh lah. Saya betul-betul minta maaf.”

Jelas pengurus dari Sepanyol itu ketika sesi sidang media selepas tamat perlawanan yang dilangsungkan pada April lalu itu.

“Tanya dengan Tsimikas, tanya dengan yang lain. Tanya mereka adakah saya biadap. Saya raikan gol tersebut dengan anak saya (duduk di tempat duduk penonton).”

“Dan saya kata, ‘gol itu agak cantik bukan?’ itu saja. Saya betul-betul minta maaf. Adakah kamu fikir itu biadap? Ah OK, maaf. Saya betul-betul minta maaf.”

Kostas Tsimikas juga turut ditanya tentang hal itu oleh Gazzetta pada tahun ini dengan bintang Greece itu dikatakan menjawab:

“Dia kata kepada saya, ‘maaf, saya buat itu bukan kerana mahu menyinggung kamu. Saya buat kerana kami menjaringkan gol yang sangat cantik.’ saya kemudian jawab yang saya akan lakukan lebih parah lagi kalau kami jaringkan gol depan dia, jadi memang tak ada masalah di situ.”

Adakah kalian setuju tentang spekulasi ini? Atau mungkin ada hal lain yang menyebabkan pergaduhan antara Pep Guardiola dengan Darwin Nunez? Bincangkan di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN