Ini Sebab KL City Turut Menjadi Antara Kelab Dihantui Isu Tunggakan Gaji

Kuala Lumpur City (KL City) menjadi antara pasukan yang kini dilaporkan turut mengalami masalah tunggakan pembayaran gaji selama beberapa bulan dan masih belum dijelaskan secara penuh.

Terdahulu, laporan turut menyatakan Kelantan, Sabah, Negeri Sembilan, serta Kedah Darul Aman (Kedah) menjadi pasukan yang turut mengalami isu serupa sehingga mendapat kritikan dalam kalangan peminat di media sosial.

Sabah Sedia Selesaikan Isu Tunggakan Gaji Dalam Tempoh Terdekat

Menjawab mengenai isu tunggakan gaji dialami KL City, tampil Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) iaitu Khalid Abdul Samad menjelaskan perkara sebenar.

Menurut Khalid, tunggakan gaji yang dialami KL City kini hanya membabitkan selama dua bulan sahaja bukan seperti yang digembar gemburkan orang ramai selama empat bulan.

Malah, beliau juga menyatakan pihak pengurusan kelab kini masih berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan perkara berkenaan iaitu membayar tunggakan gaji kepada para pemain.

“Berdasarkan kenyataan dikeluarkan sesetengah pihak yang menyatakan kami tidak membayar gaji pemain selama empat bulan, itu agak tersasar jauh dari kebenaran.

“Sedangkan setakat ini setahu saya, kami sudah membayar setiap bulan kecuali Ogos dan September dan jika tiba 7 November nanti, kami masih belum melunaskan bayaran, maka kami sudah tertunggak dua bulan.

“Ini keadaan yang sudah saya harungi dari tempoh permulaan saya menjadi presiden Kuala Lumpur pada 2019,” kata Khalid menerusi satu sidang media dan dikongsikan oleh Harian Metro.

Pada masa sama, faktor isu dalaman yang membabitkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku penaja utama pasukan tersebut menjadi faktor mengapa KL City menghadapi masalah tunggakan gaji.

Ini kerana, KL City sepatutnya mendapat tajaan daripada DBKL sebanyak RM10 juta, tetapi atas faktor dalaman menjadikan pasukan tersebut hanya memperoleh RM5 juta sahaja.

Pemilik Kedah: “Penaja Utama Kita Tak Pernah Tarik Diri”

“Tetapi dengan cabaran terpaksa dihadapi dengan jumlah RM5 juta daripada DBKL, kami tetap mampu untuk membayar gaji pemain setiap tahun walaupun ada ketika tempoh pembayaran lewat sedikit, tapi tidaklah sampai empat bulan seperti yang diperkatakan,” katanya lagi.

Seterusnya, Stanley Bernard selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City turut memohon maaf atas isu tersebut sambil mengakui pihak mereka kini berusaha sedaya upaya menyelesaikannya.

“Kami memang berusaha untuk mengatasi segala permasalahan dengan mencari jalan penyelesaian terbaik termasuk mencari penaja agar atau isu tunggakan gaji tidak berlaku lagi,” kata beliau.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN