Sentuhan Kreatif Liridon Krasniqi Ditagih Terengganu Untuk Berdepan KL City

Kelibat pemain tengah kreatif Terengganu, Liridon Krasniqi berkemungkinan besar akan kembali ditagih pasukan tersebut malam ini untuk berdepan Kuala Lumpur City (KL City) bagi saingan separuh akhir Piala Malaysia 2023.

Terdahulu, kelibat Liridon antara paling mencuri tumpuan selepas beliau mempamerkan corak permainan cukup berkualiti ketika Terengganu terikat seri 2-2 bertemu Sri Pahang.

Kembali mengisi kesebelasan utama, pemain tengah Harimau Malaya tersebut menggunakan peluang itu sebaik-baiknya sehingga mendapat pujian daripada rata-rata penyokong Sang Penyu.

Beliau bukan sahaja berjaya mencipta satu bantuan gol kepada rakan sepasukan iaitu Omid Nazari, malah Liridon juga beberapa kali mencipta hantaran berbahaya dan mengelirukan pertahanan lawan.

Pastinya impak positif tersebut ditagih para penyokong untuk aksi lebih getir selepas ini menentang KL City bagi mewujudkan peluang mara ke pentas akhir Piala Malaysia.

Beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gonf Badak, sudah tentu Liridon ingin membuktikan sendiri di hadapan para penyokong Sang Penyu mengenai impak beliau mampu membantu Terengganu di atas padang.

Apatah lagi, Terengganu juga sah kehilangan khidmat pemain tengah import mereka iaitu Nurilli Tukhtasinov yang digantung pada perlawanan ini kerana dua kali menerima layangan kad kuning.

Selain itu, penjaring dua gol pada perlawanan lalu iaitu Omid Nazari juga dilaporkan mengalami kecederaan dan berkemungkinan besar tidak sempat untuk dibawa turun beraksi malam ini.

Walaupun begitu, Tomislav Steinbruckner selaku pengendali Terengganu enggan merasa panik dengan mengakui beberapa pemain lain mampu untuk mengisi kekosongan tersebut.

Malah, Terengganu masih lagi mempunyai seorang pemain import mereka yang berkualiti dan sedia untuk dibawa turun beraksi pada perlawanan ini iaitu Habib Haroon.

“Saya sudah membayangkan beberapa nama yang mampu menggalas tugas yang ditinggalkan pemain kelahiran Uzbekistan itu, paling hampir ialah Liridon Krasniqi yang bermain dengan baik ketika menentang Sri Pahang FC Ahad lalu, dia mungkin bergandingan dengan Habib Haroon di bahagian tengah.

“Ini kerana saya tidak mahu mengubah begitu banyak posisi dan corak permainan melainkan apa yang saya perlu sahaja, lagipun saya begitu gembira kerana terdapat ramai pemain yang mampu beraksi dengan baik sebagaimana ketika menentang Sri Pahang FC, jadi saya tidak perlu bergantung kepada Tukhtasinov dan Nazari.

“Bagaimanapun saya mengharapkan pelibatan maksimum daripada semua pemain untuk mencapai matlamat lebih-lebih lagi kami kini berkelebihan satu jaringan selain bermain di hadapan penyokong sendiri, matlamat awal sudah tentu akan meningkatkan keyakinan kami,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Untuk rekod, Terengganu berjaya mencipta kemenangan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia ketika aksi berlangsung di Cheras menerusi keputusan penuh 2-1.

KL City sudah tentu mempunyai misi besar untuk kembali menghapuskan kelebihan tersebut dengan corak permainan lebih sengit bakal ditampilkan kedua pasukan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN