Pemilik Kedah: “Penaja Utama Kita Tak Pernah Tarik Diri”

Pemilik Kedah Darul Aman (Kedah), Tan Sri Dr. Daud Bin Bakar menafikan masalah tunggakan gaji yang berlaku dalam pasukan tersebut sejak beberapa bulan lalu kerana penaja utama mereka sudah tidak lagi menjalinkan kerjasama.

Terdahulu, satu sidang media telah pun diadakan secara siaran langsung menerusi Astro Arena dengan Dr. Daud tampil menjelaskan situasi sebenar yang melanda pasukan tersebut seperti masalah gaji.

“Saya ingin memohon maaf kepada ketua jurulatih Liga Super, Nafuzi Zain, staf kejurulatihan, semua pegawai dan staf, pegawai serta semua ahli keluarga mereka atas masalah kewangan atau lebih tepat masalah aliran tunai yang telah dihadapi kini.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada para penyokong dan peminat Kedah atas kelemahan yang mengakibatkan persembahan yang kurang mengujakan.

“Sebagai pemilik, saya mengambil sepenuhnya tanggungjawab di atas semua masalah kewangan yang dihadapi oleh Kedah. Bagi saya pengurusan kelab bola yang diswastakan sepenuhnya pada bulan Ogos 2022, tidak ubah seperti menguruskan sebuah syarikat.

“Kadang-kadang percaturan strategi, pendanaan, dan pemasaran tidak berlaku seperti yang dirancangkan selain sumber pendapatan hadir dari sumber yang terhad dalam konteks sumbangan pemegan saham dan penajaan, serta hasil penjualan tiket serta ‘merchandise’,” jelas Dr. Daud menerusi siaran langsung Astro Arena.

Ketika ditanya jika isu tunggakan gaji berlaku disebabkan oleh masalah penajaan yang menarik diri, Dr. Daud menafikan perkara itu dengan menyatakan semua syarikat penaja masih kekal bersama Kedah.

“Sumber yang didapati itu saya tidak pasti, pihak media perlu lebih membuat kajian kerana tiada pihak yang menarik diri daripada apa yang telah mereka berikan selama ini.

“Tetapi mereka juga kini ada masalah tertentu yang sedikit sebanyak mengganggu kelancaran pendanaan tetapi tiada pihak yang menarik diri.

“Cuma kini ada 2-3 penaja yang mempunyai masalah kewangan dan kita beri masa kepada mereka untuk menyelesaikannya. Tetapi, penaja utama kita tak pernah tarik diri dan masih bersama kami,” ujar beliau lagi.

Umum mengetahui Bin Zayed International merupakan penaja utama Kedah pada musim ini, dan timbul khabar angin di media sosial sebelum itu kononnya, syarikat tersebut telah menarik diri daripada menaja Sang Kenari.

Tiba Giliran Rodney Celvin Pula Untuk Tinggalkan Kedah?

Selain itu, Dr. Daud juga enggan berkongsikan berapa banyak jumlah tunggakan yang mereka perlu hadapi kini sambil menyatakan pembayaran gaji sejak Ogos lalu sudah pun mula dibayar sedikit demi sedikit.

Malah, isu pemain mereka yang menamatkan kontrak lebih awal iaitu Rodney Celvin juga tidak dinyatakan dengan lebih jelas selain Dr. Daud mengatakan atas sebab-sebab tertentu sebagai persiapan untuk musim hadapan buat pertahanan tersebut.

Sumber:
Astro Arena

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN