Yusri Che Lah Tak Ambil Mudah Cabaran Kelantan Kepada Perak

Pengendali Perak, Yusri Che Lah menjadi antara individu paling sibuk kini untuk mempersiapkan barisan pemain sebelum mengharungi aksi Liga Super 2023 hari ini bertemu Kelantan.

Perak ketika ini boleh dianggap berada pada prestasi tersendiri yang sangat membanggakan selepas beberapa kejutan dilakar mereka, termasuk melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia 2023.

Walaupun mencatat kekalahan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) lalu, secara keseluruhannya pasukan tersebut tampil lebih baik berbanding pada awal musim yang dianggap sangat tidak konsisten.

Untuk perlawanan seterusnya, mereka bakal menghadapi Kelantan di laman sendiri bagi saingan Liga Super, dan ini merupakan peluang buat pasukan tersebut untuk terus mengutip tiga mata penuh dan menaikkan kembali momentum semasa pasukan itu.

Rekod pertemuan sebelum itu menyaksikan Perak berjaya mencipta kemenangan 3-2 dalam aksi Liga Super pada 28 April lalu, dan pastinya pasukan tersebut ingin mengekalkan reputasi itu malam ini.

Walaupun begitu, Yusri enggan mengambil mudah untuk perlawanan ini biarpun Kelantan dilihat masih bergelut dengan isu dalaman yang menghantui mereka sejak beberapa bulan lalu.

Tambahan pula, laporan turut menyatakan Perak turut kehilangan tiga pemain tonggak mereka untuk menghadapi Kelantan kerana mengalami isu kecederaan pada perlawanan lalu untuk dibawa turun malam ini.

Namun pengendali berbakat besar itu tetap menaruh kepercayaan penuh untuk para pemain lain yang mampu menggantikan kekosongan itu serta menampilkan aksi berkualiti.

“Kelantan FC sudah pastinya mahu mencipta kemenangan selepas pasukan terbabit kurang bernasib baik pada perlawanan terdahulu sekali gus perlu berhati-hati dengan kebangkitan mereka.

“Sudah pastinya, barisan pemain mereka mahu mempamerkan aksi berkualiti kerana dengan cara itu mungkin boleh memancing pasukan lain untuk beraksi pada musim depan.

“Saya jangkakan pertemuan esok tidak mudah terutamanya ada beberapa tonggak tidak dapat beraksi kerana kecederaan pada perlawanan tempoh hari,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Menurut info, tiga pemain yang dikatakan mengalami kecederaan itu ialah pertahanan import mereka, Jesper Nyholm, Wan Zack Haikal, serta tonggak tengah kreatif pasukan tersebut, Firdaus Saiyadi.

Pada masa sama, Yusri juga berharap supaya para penyokong setia Perak mampu memenuhi stadium pada perlawanan malam ini untuk memberi sorakan padu buat mereka menghadapi cabaran Kelantan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN