Ketumpulan Serangan Jadi Sebab Terengganu Gagal Untuk Cipta Kemenangan Atasi Stallion Laguna

Terengganu gagal untuk memperoleh kemenangan kedua mereka bagi saingan Piala AFC peringkay Kumpulan G sebentar tadi, selepas pasukan tersebut sekadar mampu terikat seri 2-2 ketika berdepan wakil dari Filipina iaitu Stallion Laguna.

Beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Terengganu gagal menggunakan kelebihan tersebut untuk meraih tiga mata kedua mereka musim ini dalam kejohanan tersebut selepas tampil dengan serba tidak menjadi sejak awal perlawanan.

Malah, aspek penyudah juga jelas menghantui Sang Penyu, selepas banyak peluang terhidang dimiliki pasukan tersebut gagal untuk disempurnakan dengan baik walaupun mereka menguasai permainan sepenuhnya.

Dua gol Terengganu terhasil menerusi penyerang lincah mereka iaitu Sony Norde dan Adisak Kraisorn di penghujung separuh masa kedua, sementara lawan pula mendapat dua jaringan melalui Griffin McDaniel serta Ngong Sam Stephen.

Sepanjang saingan berlangsung, Terengganu sebenarnya tidak begitu menghadapi banyak masalah untuk mengatasi lawan dengan Sang Penyu tampil menguasai permainan dengan begitu baik khususnya di posisi tengah.

Walaupun begitu, aspek penyudah jelas menghantui mereka khususnya di separuh masa kedua dengan rentetan peluang gagal diterjemahkan begitu baik buat Sang Penyu meraih gol penting.

Antara sebab lain, kedudukan pemain serangan Terengganu itu sendiri seperti Ivan Mamut, Nik Sharif Haseefy serta Sony Norde kadangkala yang tidak begitu baik untuk menerima umpanan serta gerakan mereka mudah dibaca pertahanan lawan.

Malah, ada beberapa situasi menyaksikan persefahaman membabitkan para pemain itu sendiri agak lemah sehingga memberi ruang terbaik buat lawan untuk mengatasi serta mencipta situasi serangan balas pantas.

Kelibat Nurillo Tukhtasinov juga tidak begitu banyak memberi kesan daripada sudut kreativiti serangan serta ketajaman untuk mendapatkan gol, dengan beliau dilihat lebih banyak berada di tengah bergandingan bersama Habib Haroon.

Apapun, percaturan Tomislav Steinbruckner memasukkan Adisak Kraisorn, Norhakim Hassan, serta Syahmi Zamri berjaya meningkatkan lagi intensiti serangan Terengganu, dan ia bukti jelas pengendali tersebut mempunyai hanya satu sasaran, mendapatkan gol.

Walaupun intensiti permainan dilihat semakin bagus buat Terengganu dengan penguasaan penuh mereka di segenap posisi, kelemahan masih timbul iaitu daripada segi kualiti penyudah.

Beberapa situasi Terengganu sebenarnya menyaksikan pasukan tuan rumah hampir mendapatkan jaringan penyamaan lebih awal, namun ianya digagalkan oleh sentuhan akhir serta kecekapan penjaga gol lawan sendiri.

Apapun, ini menjadi pengajaran berguna sebenarnya buat Steinbruckner untuk menajamkan lagi aspek serangan Terengganu bagi saingan akan datang, atau mereka terpaksa menerima satu lagi keputusan lebih kurang serupa kerana ketumpulan posisi itu sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN