Saingan Premier League merupakan antara liga yang paling berprestij di pentas bola sepak Eropah dan sudah lebih dari 30 tahun menjadi antara liga terbaik di dunia.
Sudah terlalu ramai pemain-pemain dan pengurus-pengurus hebat yang pernah tampil menghiasi saingan liga bola sepak Inggeris itu.
Bahkan ada di antara mereka yang dikenang sebagai yang terhebat dalam sejarah dunia bola sepak.
Arsenal will break this record on Saturday.
Who do you think will score first for Arsenal?#CHEARS #COYG #PremierLeague pic.twitter.com/qEzJ9h3htu
— The Invincible One (@z_invincible_1) October 19, 2023
Selain dari bakat-bakat hebat, terlalu banyak sebenarnya detik-detik menakjubkan yang pernah berlaku dalam saingan Premier League sejak dari awal ia dilangsungkan.
Manchester United mendominasi saingan Premier League ketika awal permulaan dahulu, diikuti Arsenal, Chelsea dan kini Manchester City.
Leicester City pernah mencipta sejarah menakjubkan apabila mereka menjadi pasukan bukan pilihan yang dengan tiba-tiba menjadi juara liga.
Sudah terlalu banyak sejarah yang tercipta di pentas bola sepak Inggeris itu dan boleh dikatakan semuanya kekal menjadi kenangan untuk para peminat.
Walau bagaimanapun, bukan hanya berjaya memenangi gelaran liga sahaja dianggap sebagai sejarah, kerana setiap perkara yang pernah berlaku dianggap sejarah apa lagi ia satu hal yang dahsyat.
Mo Salah’s Premier League record:
👕 239 Games
⚽️ 144 Goals
👟 63 Assists
⚖️ 207 G/A (0.87 per game)The greatest RW the league has seen? 🤔🔴 pic.twitter.com/4ALIznhpIQ
— StatmanJames (@JamesStatman) October 17, 2023
Tidak kira ia sesuatu yang bagus mahupun yang buruk, jika ia hal yang jarang berlaku, maka ia akan terus dikenang dan dianggap sebagai sejarah yang menakjubkan.
Sudah terlalu banyak rekod yang telah tercipta dalam sejarah saingan Premier League dan ada antaranya yang masih belum mampu dipecahkan sehingga ke hari ini.
GiveMeSport ada menyenaraikan 19 rekod dalam saingan Premier League yang dianggap terlalu sukar untuk dipecahkan.
Berikut merupakan senarai tersebut berserta huraian ringkas mengenai rekod-rekod tersebut.
1) Perlawanan paling sedikit untuk seseorang pemain mencatatkan 3 hatrik
(8 – Erling Haaland – 2022/23)
Mari kita mulakan dahulu dengan rekod terbaru yang berjaya dicipta oleh penyerang sensasi Norway, Erling Haaland.
Haaland tiba di Etihad pada musim panas 2022 dan beliau segera menjadi peledak gol yang sangat mengerikan untuk The Citizens.
22nd January 2023 – Fastest player to score four Premier League hat-tricks (19 matches).
It took Erling Haaland a whopping 11 Premier League matches to notch his fourth Premier League hat-trick of the season, in record-breaking fashion.
The previous record sat at 65 matches. pic.twitter.com/DdTvzU6mkT
— Tom Young (@TomYoungSJ) March 15, 2023
Hatrik pertama beliau berjaya dilakukan ketika aksi bertemu Crystal Palace pada minggu keempat musim debutnya dengan beliau cemerlang membantu Man City comeback menewaskan lawan 4-2 selepas ketinggalan 2-0.
Beliau kemudiannya mencatatkan satu lagi hatrik ketika aksi bertemu Nottingham Forest beberapa hari selepas itu.
Beliau kemudiannya terus meledak gol ketika aksi bertemu Aston Villa dan Wolves sebelum mencatatkan hatrik ketiganya ketika aksi bertemu Manchester United.
Ia merupakan rekod yang sungguh menakjubkan dengan Haaland hanya memerlukan lapan perlawanan sahaja untuk mencipta 3 hatrik dalam saingan Premier League.
Rekod sebelum itu dipegang oleh Michael Owen yang berjaya mencatatkan tiga hatrik selepas 48 perlawanan.
2) Rekod tanpa kalah paling banyak
(49 perlawanan – Arsenal – 7 Mei 2003 hingga 24 Oktober 2004)
Hanya Arsenal sahaja satu-satunya pasukan dalam saingan Premier League yang pernah menjuarai liga dengan rekod tanpa kalah.
Which Premier League record is going to be broken soon?
1. Arsenal Invincible
2. Manchester City 100 Points
3. Chelsea conceding only 15 goals. pic.twitter.com/g95p7Ks6hM— Precious Idala Jumbo (@IdalaJumbo) October 12, 2023
Tidak akan mengejutkan andai Man City akan mampu untuk memecahkan rekod tersebut, namun untuk mengharungi 49 perlawanan tanpa kalah jelas sekali satu hal yang sungguh dahsyat.
3) Pemain paling banyak buat penampilan secara berturut-turut
(310 – Brad Friedel – 14 Ogos 2004 hingga 29 September 2012)
Dengan skuad yang semakin besar dan sistem rotation di era modern ini, jelas sekali agak sukar untuk seorang pemain turun beraksi sebanyak 310 perlawanan secara berturut-turut.
Untuk menunjukkan bagaimana hebatnya rekod ini, Friedel memerlukan lapan musim penuh bersama Blackburn Rovers, Aston Villa dan Tottenham Hotspur untuk mencatatkan rekod tersebut.
Untuk pemain yang bukan penjaga gol, Frank Lampard merupakan pemegang rekod ini selepas membuat 164 penampilan secara berturut-turut.
4) Mengutip mata paling sikit
(11 mata – Derby County – musim 2007/08)
Derby jelas sekali akan sentiasa berharap akan ada pasukan yang mengakhiri saingan liga dengan mengutip kurang dari 11 mata supaya aib mereka dilupakan.
Who remembers this legendary Derby County team? During the 2007/08 they scored 20 goals and conceded 89 goals. In their entire season they had just a single win finishing the season with just 11 points!
Are we going to see the same thing happen to Luton Town? pic.twitter.com/UNclImSNcp
— Sporting King (@sportingking365) September 1, 2023
Walau bagaimanapun, agak sukar sebenarnya untuk melihat hal itu berlaku dengan Derby ketika itu hanya memenangi satu perlawanan sahaja sepanjang musim 2007/08.
Rekod sebelum itu dipegang oleh Sunderland yang hanya mampu mengumpul 15 mata sahaja sepanjang musim 2005/06.
4) Kekalahan berturut-turut terbanyak
(20 – Sunderland – 2003 hingga 2005)
Walaupun Derby memegang aib sebagai pasukan yang mengumpul mata paling sedikit, namun ada satu lagi kelab yang turut pernah mencatatkan sejarah buruk yang mengaibkan mereka hingga hari ini.
Sunderland pernah mengharungi detik mengecewakan dalam saingan Premier League dengan mereka tewas semua 15 perlawanan terakhir dalam saingan liga pada musim 2002/03.
2⃣
🛡 Sunderland
🗓 2005/06
📉 15 Points
📊 -43 Goal differenceRemember Sunderland’s record-breaking 15-game losing streak from 2002/03? Well, upon their return to the Premier League they managed to extend it even further by losing their first five games of the season. pic.twitter.com/lQt6tKDTWq
— FourFourTwo (@FourFourTwo) April 5, 2018
Sekembalinya mereka pada tahun 2005, mereka tewas semua lima perlawanan awal dan mengakhiri saingan liga selepas hanya mengumpul 15 mata sahaja.
6) Pemain paling tua
(John Burridge – 43 tahun dan 162 hari ketika aksi Manchester City vs QPR, 14 Mei 1995)
Jelas sekali rekod yang dipegang oleh Burridge ini merupakan satu rekod yang sebenarnya terlalu susah untuk dipecahkan.
Teddy Sheringham memegang rekod pemain bukan penjaga gol tertua pernah beraksi di pentas saingan Premier League.
Beliau beraksi untuk West Ham ketika bertemu Manchester City pada Disember 2006 di usia 40 tahun dan 272 hari.
7) Perbezaan mata paling kecil untuk memenangi liga
(0 mata, perbezaan lapan gol antara Manchester City dan Manchester United pada musim 2011/12)
“AGUUUERRRROOOOOO”
Ayat di atas jelas sekali akan terus dikenang oleh peminat sebagai antara detik yang paling menakjubkan dan paling dramatik dalam sejarah saingan Premier League.
Sergio Aguero's performance against QPR has been voted the Premier League's biggest Game Changing performance of the last 30 years 👏pic.twitter.com/jzeIsUoX6K
— ManCityzens (@ManCityzenscom) April 13, 2023
Gol tersebut membantu Manchester City mengatasi Man United untuk menjuarai liga dengan perbezaan gol sahaja dan ia merupakan satu-satunya musim yang mana pemenang memenangi liga menerusi kelebihan jaringan.
8) Jaringan terpantas
(7.69 saat – Shane Long untuk Southampton ketika aksi bertemu Watford, pada 23 April 2019)
Ia sepertinya agak mustahil untuk melihat akan ada jaringan yang mampu dihasilkan lebih cepat dari ini dalam saingan Premier League.
Mungkin satu-satunya cara untuk ada pemain menjaringkan gol lebih pantas adalah dengan terus merembat ke gawang lawan ketika tiupan sepak mula perlawanan.
9) Kutipan mata paling sikit sebagai juara
(75 mata – Man Utd pada 1996/97)
Dengan Liverpool dan Manchester City masing-masing sering mengutip hampir 100 mata setiap musim sejak kebelakangan ini, maka agak aneh untuk mendengar ada pasukan bergelar Juara selepas mengumpul 75 mata sahaja.
Pada musim 2017/18 Manchester City berjaya mengutip 100 mata dan jumlah 75 mata itu sama seperti kutipan mata Liverpool pada musim tersebut dengan mereka berada di kedudukan keempat.
10) Rekod tanpa kalah di halaman sendiri
(86 perlawanan – Chelsea – 20 Mac 2004 hingga 5 Oktober 2008)
86 perlawanan tanpa kalah di halaman sendiri merupakan satu rekod yang sangat sukar untuk dipecahkan dan hanya Liverpool sahaja satu-satunya pasukan yang hampir untuk mampu melakukan hal tersebut.
#Chelsea have the longest unbeaten run at home in English top flight – 86 Games 🥳💙 pic.twitter.com/x6eTN0Y5Gx
— THE CHELSEA FORUM (@TheChelseaForum) October 18, 2023
Beberapa musim lalu, Liverpool hanya memerlukan 17 kali sahaja perlawanan tanpa kalah di halaman sendiri untuk memecahkan rekod Chelsea.
Namun begitu mereka gagal untuk melakukan hal tersebut dan ketika ini tiada pasukan yang menghampiri rekod tersebut.
11) Kehadiran penonton paling sikit (bukan era Covid)
(3,039 – Wimbledon vs Everton – 26 Januari, 1993)
Dengan semua stadium semakin besar dan maju, serta liga yang semakin menjadi tumpuan, maka jelas sekali sukar untuk melihat kehadiran penonton lebih sedikit dari ini.
Jelas sekali, peminat sudah melihat bagaimana kosongnya stadium ketika era pandemik sebelum ini, namun untuk 3000 penonton dalam saingan Premier League, ia satu hal yang sangat aneh.
12) Hatrik terpantas
(2 minit, 56 saat – Sadio Mane untuk Southampton vs Aston Villa, 16 Mei 2015)
Haaland mungkin boleh dianggap sebagai dewa hatrik, namun agak sukar sebenarnya untuk melihat beliau memecahkan rekod milik Sadio Mane ini.
During Southampton's 10-year spell in the Premier League:
◉ Sadio Mané set the record for the fastest hat-trick
◉ Shane Long set the record for the fastest goal
Thanks for the memories. 💨 pic.twitter.com/XAuLiL7eGk
— Squawka (@Squawka) May 13, 2023
Sadio Mane berjaya mencatatkan hatrik dalam tempoh kurang dari tiga minit dan jelas sekali ia satu hal yang sangat-sangat sukar untuk dilakukan oleh mana-mana pemain.
Rekod tersebut sebelum ini dipegang oleh Robbie Fowler yang mencatatkan hatrik dalam tempoh empat minit dan 32 saat untuk Liverpool ketika beraksi bertemu Arsenal pada tahun 1994.
13) Paling lama tidak dibolosi
(1,113 minit – Edwin van der Sar untuk Manchester United, 15 November, 2008 hingga 18 Februari, 2009)
Ketika musim 2008/09, Van der Sar berjaya mencatatkan 14 clean sheets secara berturut-turut dan ia juga dianggap satu pencapaian yang sungguh menakjubkan.
Pemain pertama yang berjaya membolosi beliau adalah bintang Blackburn, Roque Santa Cruz.
14) Menjaringkan gol setiap musim secara berturut-turut
(21 musim – Ryan Giggs – 1992/93 hingga 2012/13)
Melihat rekod beliau beraksi dalam saingan Premier League selama 21 musim secara berturut-turut saja sudah boleh dianggap satu hal yang gila.
Apa lagi memikirkan bagaimana hebatnya beliau meledak gol setiap musim sepanjang tempoh tersebut.
Beliau bahkan sebenarnya berjaya menjaringkan gol dari semua 23 musim, namun dua musim awal saingan Premier League masih belum bermula.
23/02 – On this day in 2013, Ryan Giggs scored his final Premier League goal – the Welshman has scored in more different campaigns than any other player in the competition (21). Evergreen. pic.twitter.com/GtyTklfH1K
— OptaJoe (@OptaJoe) February 23, 2020
15) Jaringan terbanyak dari seorang pemain untuk tempoh separuh masa
(5 – Jermain Defoe untuk Tottenham Hotspur vs Wigan Athletic, 22 November 2009)
Ini merupakan satu lagi rekod yang sepertinya sangat sukar untuk dipecahkan, namun melihat kepada prestasi Haaland, ia mungkin akan mampu diatasi.
Hanya 5 pemain sahaja dalam sejarah saingan Premier League yang mampu menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan.
Apa yang hebatnya, Defoe melakukan hal tersebut dalam tempoh hanya 45 minit sahaja ketika beliau membantu Tottenham Hotspur menewaskan Wigan 9-1.
16) Karier pengurus paling lama
(21 tahun, 224 hari – Arsene Wenger – Arsenal – 1 Oktober 1996 hingga 13 Mei 2018)
Jurgen Klopp pada ketika ini merupakan pengurus paling lama berkhidmat dalam saingan Premier League dengan beliau sudah mengendalikan Liverpool selama lapan musim.
Agak sukar untuk melihat Klopp akan mampu bertahan sehingga 21 tahun bersama Liverpool seperti yang dilakukan oleh Wenger bersama Arsenal.
27 years ago today, Arsene Wenger took charge of his first Arsenal game.
He had many battles during his time as the Gunners’ boss, but none as hard as doing up his zip pic.twitter.com/EIWVguSUoe
— FootballJOE (@FootballJOE) October 12, 2023
Sir Alex Ferguson tidak memegang rekod ini kerana beliau sudah mengendalikan Manchester United sejak sebelum era Premier League lagi.
17) Menjaringkan gol secara berturut-turut bertemu pasukan sama
(9 – Sadio Mane untuk Liverpool vs Crystal Palace)
Pasti ramai yang beranggapan Luis Suarez bakal memegang rekod ini kerana melihat rekod gol beliau ketika aksi bertemu Norwich.
Suarez sebenarnya hanya berjaya menjaringkan gol bertemu Norwich sebanyak lima kali secara berturut-turut sahaja, namun sepanjang tempoh tersebut beliau berjaya meledak 12 gol.
Mane sementara itu berjaya menjaringkan gol ketika bertemu Crystal Palace sebanyak sembilan pertemuan antara mereka secara berturut-turut.
Ia bermula pada musim 2017/18 dan berterusan hingga ke aksi terakhir beliau bertemu Palace pada musim lalu.
Beliau gagal untuk mencipta rekod menjaringkan gol selepas 10 perlawanan berturut-turut bertemu Palace kerana aksi terakhir pertemuan antara kedua-dua pasukan, beliau sedang beraksi di pentas AFCON.
18) Bolos paling sikit dalam satu musim
(15 – Chelsea – 2004/05)
Dengan Petr Cech di posisi penjaga gol dan di barisan pertahanan pula ada pemain seperti John Terry, Ricardo Carvalho, William Gallas dan Paulo Ferreira, jelas sekali barisan pertahanan Chelsea antara yang paling digeruni pada ketika itu.
Mereka hanya mencatatkan ratio 0.37 gol sahaja setiap perlawanan dan melihat kepada bakat-bakat hebat pemain penyerang dalam saingan Premier League pada ketika ini, sepertinya sukar untuk mana-mana kelab melakukan hal yang sama.
THE GREATEST
In the 2004/05 season, Chelsea conceded just 15 goals on the way to winning the Premier League title. Accumulating (a then record) 95 points and losing just 1 game to a dubious penalty.
To put that into context:
Man City’s centurions conceded 27 goals and lost 2… pic.twitter.com/gNICnCok9r
— CFCJohnnyB (@CFCJohnnyB) October 18, 2023
19) Penjaring terpantas yang masuk sebagai pemain gantian
(6 saat – Nicklas Bendtner untuk Arsenal vs Tottenham Hotspur, 22 Disember 2007
Tiada siapa yang akan pernah berani meragui kemampuan Lord Nicklas Bendtner dan beliau memiliki gelaran Lord itu jelas sekali bersebab.
Bendtner dimasukkan sebagai pemain gantian ketika aksi London Derby pada tahun 2007 lalu dan beliau tidak memerlukan masa yang lama untuk memberikan impak.
Lord hanya memerlukan enam saat sahaja untuk meledak gol dan rekod beliau itu masih kekal belum terpecahkan sehingga hari ini.
Nicklas Bendtner holds the record for the fastest Premier League goal scored by a substitute.
Just six seconds after coming on in the north London derby in 2007. 🙇♂️ pic.twitter.com/altXWRtf2w
— Squawka (@Squawka) June 3, 2021
Ada tak rekod-rekod lain dalam saingan Premier League yang susah nak dipecahkan dan tidak disenaraikan dalam senarai ni? Bincangkan diruangan komen.