Suhaimi Hussin: “Terima Kasih Tomislav Steinbruckner”

Penjaga gol utama Terengganu iaitu Suhaimi Hussin menganggap pengendali pasukan tersebut iaitu Tomislav Steinbruckner sebagai salah satu pencetus kejayaan beliau musim ini dalam karier bola sepak profesional.

Apa tidaknya, buat julung kali Suhaimi berjaya mendapat panggilan rasmi untuk menyertai kem latihan pusat bersama pasukan kebangsaan selepas sekian lamanya beliau menantikan peluang tersebut.

Musim ini boleh dianggap Suhaimi berada dalam momentum cukup baik bersama Terengganu, sehingga beliau berjaya mengetepikan Rahadiazli Rahalim untuk berada dalam senarai kesebelasan utama pasukan di posisi penjaga gol.

Malah, Suhaimi juga berjaya menampilkan aksi cukup menyakinkan setiap kali dibawa turun dalam perlawanan menerusi ketangkasan beliau menepis beberapa siri percubaan berbahaya pasukan lawan.

Ianya juga dibuktikan ketika aksi pertama dalam saingan AFC, selepas penjaga gol tersebut tangkas menepis beberapa percubaan bahaya daripada pemain serangan Central Coast Mariners untuk memastikan Terengganu meraih kemenangan sulung.

Maka, tidak menghairankan nama beliau berjaya menarik minat Kim Pan-gon untuk disenaraikan bagi saingan Pestabola Merdeka yang akan bermula beberapa hari lagi.

Menurut Suhaimi, kini beliau perlu membuktikan panggilan sulung yang diterimanya itu berbaloi dengan mahu menampilkan aksi positif jika diberi peluang beraksi.

Malah, beliau juga sedia untuk berusaha dengan lebih keras kerana menyedari persaingan sengit daripada dua lagi penjaga gol negara iaitu Ahmad Syihan Hazmi serta Azri Ghani untuk merebut tempat kesebelasan utama.

Selain itu, Suhaimi juga menyedari tentang tekanan besar yang dihadapinya setelah mewakili skuad kebangsaan dan sentiasa bersedia untuk memberikan segala terbaik buat negara.

“Syukur kerana pertama kali dapat panggilan ke skuad kebangsaan. Saya memang terkejut kali pertama dipanggil dan akan buktikan kemampuan saya.

“Terima kasih kepada Tomislav Steinbruckner (jurulatih Terengganu FC) sebab bagi peluang bermain dan minit permainan itu penting hingga buat saya dapat panggilan ini.

“Semua tahu mental perlu kuat untuk berada dalam skuad kebangsaan dan saya sedia hadapi cabaran ini.

“Syihan dan Azri adalah penjaga gol yang baik dan profesional dan saya akan rebut peluang yang diberikan.

“Pada awalnya gugup tetapi sekarang sudah serasi dengan rakan sepasukan selain sistem latihan yang sama di kelab buatkan saya cepat adaptasi dan jika diberi peluang beraksi saya akan gunakan pengalaman bermain di peringkat Asia bersama kelab untuk skuad kebangsaan,” katanya menerusi Harian Metro.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN