Nama Simon Hooper merupakan antara individu yang paling dibenci oleh para penyokong Liverpool sejak beberapa hari ini dalam saingan English Premier League (EPL).
Hal ini kerana pengadil dari England itu dikatakan menjadi punca mengapa Liverpool gagal untuk mengutip tiga mata penuh ketika aksi bertemu Tottenham Hotspur dalam saingan Premier League kemarin.
Liverpool tewas 2-1 di tangan Spurs dengan skuad kendalian Jurgen Klopp itu terpaksa beraksi sembilan pemain selepas dua tonggak mereka, Curtis Jones dan Diogo Jota dilayangkan kad merah.
Today's #TOTLIV Player of the Match has been crowned…👑
Simon Hooper👏 pic.twitter.com/o5vMDXpXbJ
— Anything Liverpool (@AnythingLFC_) September 30, 2023
Terdapat pelbagai keputusan yang meragukan dari Simon Hooper dalam perlawanan tersebut dan jelas sekali hal itu benar-benar membangkitkan kemarahan para penyokong The Reds.
Bahkan Jurgen Klopp sendiri hilang kata-kata kerana terlalu kecewa dengan mutu pengadilan pengadil dalam perlawanan tersebut dan beliau turut menganggap ia keputusan paling gila dari seorang pengadil yang pernah beliau saksikan.
Simon Hooper bukan hanya menjadi dungu ketika mengadili aksi Liverpool bertemu Spurs dengan beliau turut melakukan hal sama ketika ditugaskan menjadi pengadil dalam aksi pertemuan antara Wolverhampton bertemu Man United baru-baru ini.
Biodata ringkas Simon Hooper
Simon Hooper dilahirkan pada 15 Julai 1982 di Swindon, Wiltshire dengan beliau juga merupakan Pengarah Operasi Global untuk firma perunding yang berpangkalan di London.
I am not stopping. Neither should you. From the footage it appears that Simon Hooper was told something by VAR after the “complete check” signal but he didn't stop the match or reverse the decision. What was he told? What was his reaction to it? It's not incompetence anymore.… pic.twitter.com/pDlPmNcqbo
— SHooMit (@SHoomwitter) October 1, 2023
Pengadil berusia 41 tahun itu mula aktif menjadi pengadil profesional pada musim 2008/09 dalam saingan Championship, League One, League Two dan Piala EFL.
Sepanjang kariernya sebagai pengadil, Simon Hooper telah mengadili 163 perlawanan dalam saingan Championship dan 81 perlawanan dalam saingan Premier League.
Beliau telah melayangkan 250 kad kuning dan 5 kad merah untuk aksi-aksi dalam saingan Premier League dan beliau turut telah melayangkan 555 kad kuning serta 17 kad merah untuk aksi dalam saingan Championship.
Beliau sebenarnya sudah terkait dengan begitu banyak kontroversi terutama kerana keputusan-keputusan dungu yang kerap beliau lakukan.
Bahkan ketika beliau mengadili aksi dalam saingan Championship, Hooper sebenarnya kerap menjadi sasaran caci maki peminat yang tidak berpuas hati dengan mutu pengadilannya.
Remember this incident ?
Simon Hooper was investigated for this incident in the Manchester United vs Wolves game. Here he is today flashing wrong red cards in Liverpool vs Spurs game. Well done PGMOL 👏 pic.twitter.com/46txXwEvky
— KSC (@achilleshector) September 30, 2023
Walau tidak mempunyai rekod yang baik, namun beliau telah dilantik untuk menjadi salah seorang pengadil dalam saingan Premier League pada musim 2017/18.
Ramai bekas pengadil yang mengecam keputusan PGMOL melantik Simon Hooper sebagai pengadil di pentas Premier League kerana merasakan beliau masih tidak layak untuk menggalas tugas tersebut.
Aksi pertama yang diadili oleh beliau ketika dalam saingan Premier League adalah aksi pertemuan antara Newcastle bertemu Burnley pada musim 2017/18.
Simon Hooper di EPL musim 2023/24
Sepanjang musim baru ini, Simon Hooper sebenarnya sudah mengadili empat perlawanan dalam saingan Premier League.
Musim ini, pengadil yang juga merupakan penyokong tegar Swindon Town itu telah mengadili empat aksi dalam saingan Premier League.
Simon Hooper looking at disallowing Liverpool's goal for a foul on Gakpo pic.twitter.com/q0OhfImv0V
— The Tactical Times (@Tactical_Times) September 30, 2023
Dari empat perlawanan itu, dua darinya berakhir dengan kontroversi dan jelas sekali ia kerana keputusan-keputusan dungu dari pengadil berusia 41 tahun itu.
Simon Hooper dan Liverpool
Kali pertama Hooper menjadi pengadil untuk aksi perlawanan melibatkan Liverpool adalah ketika aksi The Reds menewaskan Southampton 3-1 pada musim 2022/23.
Musim ini, dari 4 perlawanan dalam saingan Premier League yang diadili oleh Simon Hooper, 2 darinya merupakan aksi yang melibatkan Liverpool.
Beliau merupakan pengadil yang mengadili aksi kemenangan 3-1 Liverpool menewaskan Aston Villa baru-baru ini.
Terbaru, beliau turut menjadi pengadil ketika aksi kekalahan 2-1 Liverpool bertemu Tottenham Hotspur.
12 cards this clown handed out yday (13 if u include Peter K). Never seen anhthing like it. There was Spurs cards that were never a yellow. There were LFC cards that were never a yellow.. Shocking performance. #TOTLIV #SimonHooper #PGMOL #LFC #Spurs pic.twitter.com/RXCWCNXhX7
— Stüdge – SK (@StudgeKingSMG) October 1, 2023
Dalam perlawanan yang penuh kontroversi itu, beliau telah melayangkan sembilan kad kuning dan dua kad merah.
Menjadi pengadil paling dibenci oleh penyokong Liverpool
Selepas melihat kedunguan beliau dalam perlawanan tersebut, tidak hairanlah mengapa para penyokong The Reds menjadi benci dan bengang dengan Simon Hooper.
Beliau dianggap punca Liverpool hilang 3 mata dan gagal untuk memintas Manchester City di puncak saingan Premier League.
Ia juga merupakan kekalahan pertama Liverpool dalam saingan Premier League musim ini dan jelas sekali para penyokong tidak gembira tentang hal tersebut.
NEW: Liverpool fans spot 4 more things referee Simon Hooper got wrong https://t.co/phoMLZWCuj
— This Is Anfield (@thisisanfield) October 1, 2023
Walau PGMOL sudah meminta maaf dan Simon Hooper sendiri turut sudah mengakui kesalahannya, namun sepertinya penyokong Liverpool masih belum mampu untuk memaafkan pengadil berusia 41 tahun itu.
Adakah Simon Hooper berhak untuk terus diberi peluang menjadi pengadil di pentas Premier League atau beliau perlu terus cari pengalaman lagi di liga bawahan? Bincangkan diruangan komen.