Soony Saad Mampu Pacu Penang Untuk Cuba Atasi PDRM

Penyerang import Penang, Soony Saad dilihat sebagai aset terbaik buat pasukan itu untuk kembali merekodkan kemenangan atau sekurangnya keputusan lebih baik bagi aksi Liga Super petang ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertemu PDRM.

Penang menjadi salah satu pasukan yang menerima kritikan keras musim ini selepas mempamerkan aksi tidak konsisten serta mencatatkan beberapa keputusan tidak diingini dalam kalangan penyokong mereka.

Terbaharu, skuad kendalian Manzoor Azwira itu mencatat kekalahan tipis 1-2 kepada jiran mereka iaitu Kedah Darul Aman (Kedah) dalam aksi Derbi Utara walaupun berkelebihan beraksi di laman sendiri.

Walaupun sudah membuat beberapa rombakan besar dalam kalangan pemain termasuk khidmat import musim ini, secara keseluruhan perubahan positif dinantikan masih belum berkunjung tiba.

Daripada 20 perlawanan telah dilalui Penang musim ini, pasukan tersebut hanya merekodkan lima kemenangan sahaja untuk mengumpul 19 mata secara keseluruhan.

Prestasi tidak menentu dipamerkan pasukan tersebut menyaksikan segelintir besar penyokong mereka meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial selain mengharapkan ada perubahan lebih positif dapat dipamerkan.

Bertemu PDRM petang ini, Penang tidak boleh melepaskan sebarang peluang untuk sekurangnya cuba memungut satu mata di gelanggang lawan.

Salah seorang pemain tumpuan diharapkan mereka pastinya terarah kepada penyerang kebangsaan Lubnan musim ini iaitu Soony Saad untuk menghasilkan jaringan.

Jika diimbas kembali pada perlawanan lalu, Soony boleh dianggap sebagai pemain paling berpengaruh di posisi serangan menerusi impak yang diberikan beliau ketika bertemu Kedah.

Salah satu aset utama Soony yang digeruni pastinya terarah kepada kepakaran beliau dalam melepaskan rembatan jarak jauh dengan kadar ketepatan tinggi ke arah gawang gol.

Malah, Soony juga mampu memberi masalah buat pertahanan lawan menerusi kualiti gelecekan beliau yang sangat lincah serta bijak melepaskan hantaran-hantaran berkualiti buat rakan sepasukan lain.

Bertemu PDRM untuk aksi seterusnya ini, pasti ia memberi cabaran sangat getir buat Penang kerana kelebihan lawan untuk beraksi di laman sendiri serta momentum ditampilkan mereka.

Apapun, Penang perlu menggunakan segala cara untuk memastikan mereka tidak akan pulang dengan tangan kosong serta terus mengundang kemarahan penyokong.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN