Fandi Ahmad Bakal Senaraikan 11 Pemain Terbaik Untuk Hadapi Harini FT

Pengendali Sri Pahang iaitu Fandi Ahmad menyatakan beliau bakal menyenaraikan barisan pemain terbaik untuk aksi seterusnya dalam saingan Piala Malaysia 2023 bagi berdepan Harini FT.

Walaupun berkelebihan dengan beraksi di laman sendiri iaitu Stadium Darul Makmur (SDM) petang ini, Fandi jelas enggan mengambil risiko untuk membuat rombakan dalam kalangan pemain.

Sri Pahang Ada Potensi Untuk ‘Disakat’ Harini FT

Terdahulu, Sri Pahang berjaya mencatat kemenangan tipis 3-2 ketika berdepan Harini FT untuk aksi pertama Piala Malaysia 2023 dengan tentangan sengit berjaya diberikan oleh lawan.

Pada aksi tersebut, beberapa rombakan telah dibuat Fandi dengan beliau menyenaraikan lebih ramai pemain simpanan untuk berdepan wakil daripada saingan Liga M3 itu.

Namun, percaturan tersebut hampir memakan diri beliau dengan cabaran sengit berjaya ditampilkan skuad kendalian P. Maniam sebaik sahaja wisel perlawanan dibunyikan.

Enggan mengambil risiko, Fandi secara terang-terangan menyatakan bakal meletakkan 11 pemain terbaik pilihan beliau untuk meranapkan impian pasukan lawan.

Tambah pengendali dari Singapura itu, beliau juga akan menggunakan lima pemain import untuk aksi petang ini dalam usaha memastikan setiap posisi pasukan itu serba kukuh.

“Saya boleh katakan bahawa senarai pemain yang akan berdepan Harini Selangor esok, membabitkan pemain utama termasuk menyenaraikan lima pemain import.

“Pada perlawanan pertama, saya menyenaraikan barisan pemain kedua yang menyaksikan perlawanan hampir berkesudahan seri 2-2 sebelum jaringan minit terakhir perlawanan yang memastikan kami menang 3-2.

“Tetapi dengan persembahan bertenaga yang dipersembahkan lawan, pemain tidak boleh leka terutama selepas mendahului,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Antara pemain yang dijangka akan mengisi kesebelasan utama pastinya penyerang berbisa Sri Pahang musim ini iaitu Kpah Sherman, Stefano Brundo serta lain-lain.

Walaupun begitu, Fandi masih lagi belum membuat keputusan untuk menggunakan khidmat Rafael Silva atau Lucas Espindola untuk bergandingan bersama Sherman di posisi utama serangan.

“Saya harap keputusan perlawanan dapat diterjemahkan dengan kemenangan untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

“Harapan saya kepada pemain ialah mereka tidak terlalu yakin apabila mendahului dan perlu kekal fokus berakhir perlawanan,” katanya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN