Zamsaham Akui Sesetengah Pegawai FAM Bersifat ‘Double Standard’

Pemilik Kelantan, Norizam Bin Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham sekali lagi tampil dengan kenyataan yang berbaur kontroversi di media sosial miliknya sebentar tadi.

Sebelum itu, Zamsaham tampil membuat permohonan maaf atas kekalahan paling teruk musim ini dilakar Kelantan semalam dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik Piala Malaysia musim 2023.

Pada perlawanan tersebut, Kelantan tewas besar dengan keputusan penuh 0-10 di tangan Johor Darul Ta’zim serta 1-15 secara agregat di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dengan aksi cukup lesu.

Kekalahan tersebut menyaksikan para penyokong The Red Warriors tampil dengan pelbagai kritikan kerana tidak berpuas hati akan keputusan yang dianggap mengaibkan sangat mengaibkan buat maruah pasukan.

Zamsaham turut menjelaskan isu mengapa para pemain import baharu mereka yang ditandatangani masih gagal untuk dibawa turun beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

“Saya mohon maaf atas kekalahan 10-0 dengan JDT. Saya orang Johor tetapi saya adalah pemilik Kelantan FC, takda owner kelab mahukan kelabnya kalah seperti semalam.

“Kerana privatisation,saya berada dalam dunia bola. Saya dah usaha bawa team coaches baru. Coach Alferado, Gonzales,Arif semua dah didaftarkan.

“Tetapi pemain Import baru tak dapat didaftarkan kerana masalah Teknikal TMS System yang hanya (Persatuan Bolasepak Malaysia) FAM sahaja boleh bantu bermula pembukaan Transfer Ban pada 27 July 2023. Hanya 4 hari Kelantan FC ada masa mendaftar.

“Masalah Teknikal TMS ini sgt mudah diselesaikan,tetapi hanya boleh akses selepas 4 August 2023 iaitu selepas tutup pendaftaran pemain asing pada 1 Ogos 2023.

“InshaAllah, Jika Kelantan boleh daftar, tentu kita tak kalah seteruk ini,” jelas Zamsaham menerusi Facebook rasmi milik beliau sebentar tadi.

Pada masa sama, Zamsaham turut melontarkan kenyataan berbaur kontroversi selepas beliau membuat kritikan keras terhadap FAM yang dianggap dirinya bersifat pilih kasih.

Malah, beliau juga mengakui tindakannya itu bakal menyaksikan pasukan tersebut bakal didenda organisasi berkenaan kerana sudah terbiasa melalui perkara tersebut.

“Sikap double standard sesetengah pegawai FAM akan TRW Kelantan FC  sangat mengecewakan saya.

Saya tahu Kelantan FC akan didenda, dikenakan tindakan akan komen saya ini, tapi saya dah 4 tahun dengan Kelantan FC saya tahu Kelantan memang tempat untuk FAM denda. Saya dah biasa,” ulas Zamsaham.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN