Saingan Liga 1 Indonesia sememangnya tampil dengan pelbagai kejutan saban musim dengan kejuaraan tersebut sentiasa bertukar kepada pelbagai kelab dengan keputusan tidak dapat dijangka.
Musim ini menyaksikan ada lagi perubahan yang berlaku dengan juara musim lalu iaitu PSM Makassar gagal untuk mengulangi impak positif mereka selepas mengharungi tujuh perlawanan.
Klasemen sementara Pekan 7
BRI Liga 1-2023/24, Rabu (9/8)Dukung terus tim kebanggaan kamu di BRI Liga 1-2023/24.
📈📈📈#BRILiga1202324 #Klasemen #MentalJuara #SupporterBersatu #BersamaBisa pic.twitter.com/rmaMzQmEI5— BRI Liga 1 (@Liga1Match) August 9, 2023
Skuad kendalian Bernardo Tavares itu ketika ini berada di tangga kelapan liga selepas hanya meraih tiga kemenangan selain mencatat dua kali seri serta dua kekalahan.
Namun, ianya masih dianggap awal untuk memperkatakan mengenai prestasi PSM Makassar yang dilihat mungkin dapat melonjak pada kedudukan lebih baik.
Apa mencuri tumpuan ketika ini pastinya terarah kepada empat kelab yang boleh dianggap sebagai antara gergasi dalam saingan bola sepak di Indonesia dalam kalangan para penyokong.
Empat kelab tersebut iaitu Persebaya Surabaya, Persib Bandung, Bhayangkara, serta Arema FC kini berada di kedudukan tercorot dan dianggap sebagai sesuatu sangat mengejutkan awal musim ini.
Persebaya Surabaya
Di tangga ke-15 iaitu Persebaya Surabaya tampil dengan tidak konsisten musim ini selepas ketiadaan bintang utama mereka Marselino Ferdinan yang berhijrah ke Belgium.
Hadir dengan jumlah kutipan lapan mata, pasukan ini dua kemenangan dan seri selain merekodkan empat kekalahan serta dibolosi 11 gol.
Terkini, pengendali berpengalaman kelab tersebut iaitu Aji Santoso secara rasminya telah pun direhatkan pihak pengurusan selepas gagal memenuhi jangkaan para peminat.
Persib Bandung
Salah satu kelab paling berpengaruh di Indonesia itu kini berada di tangga ke-16 dan dianggap sebagai salah satu rekod terburuk pernah dialami mereka dalam saingan utama.
Statistik Pemain Kunci dan Statistik Tim@persisofficial vs @persib
Dukung terus tim kebanggaan kamu di BRI Liga 1-2023/24.#BRILiga1202324#MentalJuara#SupporterBersatu#BersamaBisa#PSOPSB pic.twitter.com/vrfoaQb5uU— BRI Liga 1 (@Liga1Match) August 8, 2023
Hadir dengan barisan pemain bintang yang ramai, ianya gagal untuk diterjemahkan ke arah keputusan lebih positif dan menyaksikan kini mereka berada dalam kelompok tercorot.
Selepas ketiadaan Luis Milla yang meninggalkan pasukan tersebut selaku pengendali utama, status tersebut kini dipegang oleh Bojan Hodak dan mereka berjaya meraih kemenangan pertama musim ini.
Bhayangkara
Bekas juara Liga 1 Indonesia musim 2017 itu tampil dengan serba tidak menjadi dalam beberapa perlawanan awal termasuk isu pertahanan mereka yang sangat kritikal.
Antara faktor utama kepada konsistensi kelab tersebut pastinya terarah kepada masalah dalaman dan memberi kesan kepada prestasi pasukan di atas padang.
Bhayangkara menjadi pasukan kedua paling banyak dibolosi dan setakat ini mereka hanya memperoleh satu kemenangan sahaja daripada tujuh perlawanan.
Arema FC
Antara paling tidak disangka dan dianggap sesuatu sangat mengejutkan selepas pasukan itu kini menghuni tangga terakhir dalam saingan Liga 1 Indonesia.
Fulltime!
Tim tamu harus mengaku keunggulan tuan rumah.
PSIS Semarang 2️⃣-0️⃣ AREMA FCDukung terus tim kebanggaan kamu di BRI Liga 1-2023/24.#BRILiga1202324#MentalJuara#SupporterBersatu#BersamaBisa#SMGAFC pic.twitter.com/skcISOvClG
— BRI Liga 1 (@Liga1Match) August 9, 2023
Malah, Arema juga menjadi satu-satunya pasukan yang pada musim ini masih gagal untuk meraih sebarang kemenangan pertama mereka dengan prestasi paling buruk pernah ditampilkan.
Selepas mengalami peristiwa gelap iaitu Tragedi Kanjuruhan musim lalu, mereka jelas masih gagal untuk mencipta kebangkitan dan memberi isyarat mengecewakan buat para penyokong.