Sentuhan ‘Magis’ Yusri Che Lah Sedia Beri Igauan Ngeri Buat Penang

Pengendali utama Perak, Yusri Che Lah boleh dianggap sebagai penyelamat buat Perak selepas pasukan tersebut kini dilihat semakin stabil di segenap posisi dalam persaingan Liga Malaysia (Liga M).

Terbaharu, Perak berjaya mencatat kemenangan yang tidak dijangka pada pusingan pertama Piala Malaysia 2023, selepas kejayaan mereka untuk menewaskan Kedah Darul Aman (Kedah) di laman sendiri dengan begitu cemerlang.

Tampil dengan gandingan pemain muda yang kurang berpengalaman, skuad kendalian Yusri jelas begitu garang untuk memberi tekanan buat pertahanan Kedah sehingga tiga gol dapat dihasilkan Perak di hadapan para penyokong sendiri.

Jika diikutkan, Perak bukanlah satu pasukan yang konsisten musim ini pada awal saingan berlangsung dengan tiada sebarang kemenangan dicatat selepas mengharungi empat perlawanan awal.

Hadir bawah kendalian Datuk Lim Teong Kim pada awal musim bersama beberapa rombakan baharu dibuat, Perak mengalami detik-detik sukar untuk mendapatkan keputusan terbaik sehingga menerima kritikan segelintir penyokong di media sosial.

Tampil kembali Yusri yang diangkat sebagai pengendali utama, prestasi pasukan tersebut sedikit demi sedikit kembali bertambah baik walaupun ada beberapa keputusan negatif tetap dicatat.

Akhirnya, ia berjaya dinoktahkan menerusi kemenangan tidak diduga oleh Perak dengan menjadikan Kedah sebagai mangsa pertama mereka dalam aksi Piala Malaysia.

Kemenangan itu pastinya menaikkan motivasi pasukan tersebut untuk aksi seterusnya dalam saingan Liga Super dengan membabitkan Perak menentang Penang di laman sendiri.

Aksi berdepan Penang ini merupakan sesuatu yang perlu diambil peluang oleh Yusri untuk memastikan tiga mata keempat mereka musim dapat dibawa pulang dengan sempurna.

Apatah lagi, Penang juga dilihat berada pada prestasi tidak menyakinkan dengan masih segar akan kekalahan besar mereka di tangan Kuala Lumpur City (KL City) pada pusingan pertama Piala Malaysia.

Sesuatu boleh diperkatakan mengenai Penang musim ini ialah segala rombakan besar dibuat pada awal saingan masih lagi gagal untuk membuahkan hasil yang sepatutnya kepada para penyokong.

Malah, corak permainan ditampilkan Penang kini juga semakin goyah terutama sekali membabitkan posisi pertahanan mereka yang sangat rapuh dan mudah diatasi pasukan lawan.

Ini menjadi peluang terbaik buat Yusri untuk memastikan pemain serangan beliau berada dalam keadaan terbaik serta cuba mencatat keputusan positif di laman sendiri, sekali gus memberi keceriaan buat penyokong mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN