Impak Ifedayo Jadikan Beliau Selaku Calon Terbaik Pemain Bulanan PFAM

Penyerang berbisa Kedah Darul Aman (Kedah), Ifedayo Olusegun tidak mengambil masa yang lama untuk terus memberi impak besar kembali dalam dunia bola sepak tempatan pada pertengahan musim ini.

Hadir bersama reputasi cukup tinggi sebelum itu bersama Selangor dan Melaka United, penyerang kelahiran Nigeria ini cepat memberi kegembiraan buat para penyokong Sang Kenari menerusi ketajaman beliau di hadapan gol.

Ifedayo ditandatangani Kedah setelah pasukan tersebut sah melepaskan bekas penyerang import mereka iaitu Willian Lira dalam usaha memperkasakan kembali posisi utama serangan.

Untuk rekod semasa, Ifedayo sudah pun menghasilkan lima gol daripada lima perlawanan dilalui beliau termasuk dalam saingan Piala Malaysia baru-baru ini.

Malah, Ifedayo juga berjaya menambah koleksi gol kelima beliau semalam, ketika Kedah mencatat kemenangan 2-0 mengatasi Sri Pahang di Stadium Darul Aman, dan pemain itu membuka jaringan sulung buat kelab tersebut.

Ketajaman beliau menyaksikan namanya berjaya dicalonkan sebagai salah seorang Pemain Terbaik Bulanan Liga Super PFA edisi Julai bersama empat lagi pemain lain.

Selain Ifedayo, seorang lagi calon yang dilihat sangat menonjol selaku pemain terbaik bulan lalu ialah penyerang berbisa Sabah dari Brazil iaitu Ramon Machado.

Ramon setakat ini berjaya memberi impak cukup positif bersama Sabah yang pada awal musim dilihat mengalami masalah di posisi utama serangan mereka dalam perlawanan dihadapi.

Daripada lima aksi dihadapi Machado bersama Sabah termasuk saingan Piala Malaysia 2023, beliau sudah pun merekodkan enam gol secara keseluruhan bersama dua bantuan jaringan.

Malah, Machado terus memberi impak besar sejak aksi sulungnya lagi bersama Sabah hasil dua gol diledak beliau ketika Sabah cemerlang membenam cabaran Kuching City.

Untuk calon-calon lain yang turut layak, penyerang Kuala Lumpur City (KL City) iaitu Romel Morales antara mencuri tumpuan selepas ketajaman beliau di hadapan gol terus sukar digugat oleh rakan sepasukan lain.

Pertahanan muda Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Muhammad Feroz Baharudin antara turut dicalonkan sebagai pemain terbaik Julai setelah gandingan beliau bersama Jordi Amat menyaksikan ia sukar diatasi ketika ini oleh mana-mana barisan serangan lawan.

Sri Pahang juga turut tidak ketinggalan untuk memastikan mereka juga mempunyai calon pemain terbaik dengan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham berjaya melayakkan diri untuk edisi kali ini setelah konsisten membantu pertahanan kelab dan memberi sumbangan buat serangan pasukan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN