Pertahanan muda Indonesia, Elkan Baggott bakal mencipta sejarah tersendiri buat negaranya selepas berjaya menjadi pemain pertama yang melayakkan diri untuk beraksi dalam saingan Championship musim hadapan di England.
Umum mengetahui saingan Championship merupakan liga divisyen kedua di England selepas English Premier League (EPL) dan mempunyai ramai pemain bintang dari seuruh dunia di sana.
🇮🇩 Indonesian defender, Elkan Baggott has been registered by Ipswich Town 🏴 to compete in the EFL Championship (tier 2 in English football league system ) for the 2023/2024 season.
Elkan Baggott wears the number 26 shirt next season.#IpswichTown #EFL pic.twitter.com/SGXHqMFLGm
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) August 1, 2023
Walaupun beraksi di divisyen kedua, Baggott berpeluang musim hadapan untuk bertemu ramai pemain bintang daripada pasukan elit seperti Leeds United serta Leicester City yang sebelum itu bermain dalam saingan EPL.
Baggott secara rasminya kini telah pun didaftarkan untuk Ipswich Town, selepas beberapa musim dipinjamkan kepada pasukan lain di England untuk mendapat minit permainan lebih optimum menerusi laporan dikeluarkan oleh Bola.com.
Malah, pada asalnya musim ini juga beliau berada dalam perancangan untuk sekali lagi dipinjamkan kepada pasukan lain sebelum pengendali kelab iaitu Kieran McKenna membuat keputusan mengekalkan Baggott.
Untuk rekod, Baggott merupakan produk daripada akademi Ipswich Town sendiri dan memulakan karier bola sepak beliau dengan sangat baik sebelum mengalami kesukaran mendapat tempat di skuad senior.
Selepas itu, pemain tersebut telah pun dipinjamkan kepada beberapa kelah seperti King’s Lynn Town, Gillingham, serta musim lalu bersama Cheltenham Town dalam saingan EFL League One.
🏴INDONESIAN ABROAD
🏴Ipswich Town (2nd tier) merilis daftar skuat untuk mengarungi musim kompetisi 2023/24.
Terlihat nama bek timnas Indonesia, Elkan Baggott (20) didalam daftar menggunakan nomor punggung 26.
Indikasi Baggott mendapatkan kesempatan main di tim utama?! 😍 https://t.co/q7uLcaeSs4 pic.twitter.com/HdUGgM4uUt
— . (@Indostransfer) July 31, 2023
Karier terbaik Baggott yang paling diingati pastinya ketika pemain tersebut mewakili Gillingham dalam saingan EFL League Two selepas kerap digunakan dalam kesebelasan utama serta turut mencatat beberapa jaringan gol penting.
Musim lalu, segalanya tampak sedikit sukar untuk Baggott menyesuaikan diri bersama Cheltenham Town serta tidak banyak sumbangan besar mampu diberikan beliau buat pasukan.
Selepas kembali bersama Ipswich Town, Baggott mempamerkan aksi cukup berkualiti pada saingan pra musim sebagai antara pemain muda paling mencuri tumpuan.
Maka, tidak hairan McKenna mengambil keputusan untuk mengekalkan Baggott serta didaftarkan untuk saingan Championship musim depan yang akan bermula tidak lama lagi.
Pada usia masih muda, Baggott berpeluang untuk mengutip banyak pengalaman berguna di England serta meningkatkan lagi kualiti permainannya sehingga menjadi aset berguna buat kelab serta Indonesia.
Malah, ini juga menjadi peluang terbaik buat Baggott untuk tampil menyerlah bagi mencuri perhatian pengendali utama Indonesia iaitu Shin Tae-yong sebelum mereka melangkah ke saingan Piala Asia pada awal tahun hadapan.