Manzoor Azwira: “Kogileswaran Tak Beraksi Secara Kompetitif Selama 2 Bulan”

Pengendali utama Penang, Manzoor Azwira mendedahkan kepada umum mengenai prestasi sulung pemain baharu mereka iaitu R. Kogileswaran yang dianggap tidak memberansangkan ketika dibawa turun beraksi menentang Sabah baru ini.

Jelas Manzoor, Kogileswaran gagal untuk memberikan aksi terbaik bersama Penang pada aksi sulungnya kerana faktor kecergasan disebabkan kurangnya aksi kompetitif ketika pemain tersebut berada di Korea Selatan.

Kata pengendali tersebut, bekas pemain Chungbuk Cheongju dalam saingan K2 League di Korea Selatan itu sebenarnya sudah dua bulan tidak mendapat peluang untuk beraksi secara kompetitif bersama bekas pasukannya.

Disebabkan itu, Kogileswaran jelas tampak sedikit letih ketika dibawa turun beraksi pada separuh masa kedua selaku pemain gantian dan masih lagi cuba untuk menyesuaikan diri bersama corak permainan Penang.

Kogileswaran sebelum itu mencipta sejarah baharu dalam dunia bola sepak tempatan selepas kejayaannya untuk menarik perhatian salah satu kelab di Korea Selatan iaitu Chungbuk Cheungju.

Namun, sepanjang di sana segalanya tampak tidak begitu baik buat Kogileswaran, setelah beliau hanya diturunkan pada satu perlawanan sahaja dan lebih banyak tersisih di bangku simpanan atau tidak langsung disenaraikan.

Penang menjadi pasukan baharu diwakili oleh Kogileswaran dan berjaya ditandatangani pasukan tersebut untuk jendela perpindahan kedua Liga Super dalam usaha mereka untuk memperbaiki aspek tengah serta serangan.

“Kogi baru sertai pasukan kita seminggu dan saya dimaklumkan lebih dua bulan dia tak main dalam perlawanan kompetitif jadi saya tak letak awal kerana tidak mahu berlaku sesuatu tidak diingini dalam aspek kecederaan dan juga keyakinannya.

“Tapi kita tahu dia pemain profesional yang berpengalaman dan saya pasti dia akan mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan nanti jadi kita tunggu sahaja saat dia akan menjadi lebih cemerlang,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, Manzoor juga melaungkan keyakinan tentang pemain tersebut yang dijangka mampu menyesuaikan diri dengan cepat untuk aksi-aksi bakal diharungi Penang pada masa akan datang.

Selain Kogileswaran, Penang juga berjaya mengikat pemain sayap lincah dari Kedah Darul Aman (Kedah) secara pinjaman iaitu Al-Hafiz Harun untuk memperkukuhkan aspek serangan.

Malah, pasukan itu juga secara rasminya telah pun memperkenalkan penyerang import baharu mereka iaitu Abdul Abdeen Temitope untuk menggantikan khidmat bekas pemain, Giovanne Gomes.

Berdasarkan kedudukan semasa Penang kini yang berada di tangga ke-10, pastinya mereka mahu kembali bangkit dan tidak mahu terperosok ke zon penyingkiran pada penghujung musim 2023.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN