Jordan Mintah Jawab Isu Gambar Terbocor Sudah Sertai Kelantan

Penyerang import Terengganu, Jordan Mintah menafikan diri beliau sudah pun menjadi sebahagian daripada pemain baharu ditandatangani Kelantan untuk pertengahan musim 2023.

Sebelum itu, laman rasmi Kelantan telah pun memuat naik gambar beliau yang sudah pun menyarung jersi Kelantan dengan ucapan selamat datang kepada Mintah sebelum ianya dipadam.

Ketika kami bertanyakan sendiri kepada Mintah mengenai status semasa beliau bersama Kelantan, beliau menyatakan itu semua adalah tidak benar.

Mintah ketika ini secara rasminya masih lagi menjadi milik Terengganu, walaupun mempunyai sedikit isu dalaman bersama pasukan berkenaan sehingga diketepikan oleh pasukan utama.

Musim ini menyaksikan ketajaman pemain dari Ghana itu masih belum padam dengan Mintah sudah pun meledak lima gol bersama skuad utama Terengganu sebelum beliau diketepikan.

Selain memadam gambar Mintah, laman rasmi Kelantan sebelum itu turut memuat naik kenyataan mereka berjaya menandatangani khidmat penyerang kebangsaan Indonesia iaitu Andik Vermansah.

Namun, seperti Mintah juga tidak lama kemudian gambar tersebut turut dipadam dan mencetuskan persoalan dalam kalangan peminat The Red Warrriors di media sosial.

Sebelum pintu perpindahan pemain pada pertengahan musim ini ditutup, Kelantan tampil gah di media sosial untuk memperkenalkan barisan baharu bintang import mereka di segenap posisi.

Sehingga artikel ini ditulis, Kelantan sudah pun mengikat lima pemain import baharu dengan salah seorang paling mencuri tumpuan ialah penyerang dari Thailand, Dennis Buschening.

Dennis bukan lagi nama asing dalam bola sepak tempatan selepas beliau sebelum itu pernah mewakili Sabah, UiTM FC, serta Kedah Darul Aman (Kedah) pada musim lalu sebelum kontraknya tamat lebih awal atas isu kecederaan.

Selain Dennis, Kelantan secara rasminya kini berjaya mendapatkan empat lagi pemain iaitu Aliakbar Ahmadi (Iran), Ahmed Magdy (Mesir), Youssef Ezzejjari (Sepanyol), serta Alie Sesay (Sierra Leone).

Tampil dengan prestasi sangat hambar pada musim ini, jelas Kelantan mahu mencipta kebangkitan pada aksi Liga Super untuk mengelak daripada berada di tangga tercorot serta memulihkan kembali keyakinan para penyokong.

Menerusi gabungan para pemain muda Kelantan kini, dijangka pasukan tersebut mungkin akan tampil dengan lebih positif bersama barisan bintang import yang sudah ditandatangani mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN