FAM Tunggu ‘Lampu Hijau’ Untuk Aksi Persahabatan Bertemu Mesir

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini dilaporkan masih mengadakan perbincangan lanjut untuk aksi persahabatan seterusnya membabitkan skuad kebangsaan bertemu Mesir.

Mesir yang menjadi antara negara yang semakin hebat dalam sukan bola sepak di sekitar Afrika menjadi pilihan skuad kendalian Kim Pan-gon untuk diuji sebelum ke saingan Piala Asia awal tahun hadapan.

Seperti diketahui, Malaysia kini tampil begitu positif bawah kendalian Kim menerusi beberapa keputusan perlawanan antarabangsa cukup menyakinkan.

Menerusi rantaian muka-muka baharu yang dipanggil, Kim berjaya mencipta kombinasi serta persefahaman antara pemain dengan begitu baik sebelum mengharungi setiap perlawanan.

Pastinya kini Malaysia memerlukan lawan yang lebih baik untuk memastikan mereka tidak terlalu selesa serta mengetahui setiap kelemahan dimiliki sebelum berdepan cabaran atau kejuaraan lebih besar.

Selain Mesir, Malaysia juga kini mengesahkan diri bakal menghadapi China pada aksi persahabatan akan datang dan ianya dianggap sebagai lawan yang kuat untuk diharungi negara.

Untuk rekod ranking semasa, China kini berada di tangga ke-79, dan jika segalanya sah maka Malaysia bakal berdepan Mesir yang berada pada kedudukan 34 kini di dunia.

Jika dilihat pada jurang ranking, jelas ianya terlalu jauh buat Malaysia yang kini berada di kedudukan ke-135 dunia jika dibandingkan oleh dua negara tersebut selain faktor kekuatan semasa.

Namun, ini bakal menjadi pengalaman berguna untuk para pemain negara untuk mengetahui perbezaan mereka bersama pasukan-pasukan lebih baik di dunia kini serta mengubah ia menjadi lebih baik.

Menurut Naib Presiden FAM iaitu Mohd Firdaus Mohamed, ketika ini China sudah pun pasti bakal mengadakan aksi persahabatan bersama Malaysia tidak lama lagi.

Walaupun begitu, Mesir kini masih lagi dalam tahap perbincangan lebih lanjut sebelum ianya diputuskan sama ada mereka bakal berdepan Harimau Malaya atau tidak.

“China boleh dikatakan ketika ini sudah mengesahkan akan bertemu Harimau Malaya namun Mesir pula dalam perbincangan lanjut.

“Kita mahu mencari venue bersesuaian untuk mengadakan perlawanan persahabatan itu di luar negara supaya mudah untuk kedua-dua pasukan itu datang kelak,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Selain dua aksi persahabatan itu, Malaysia juga bakal mengharungi kejohanan Pestabola Merdeka pada Oktober ini untuk berdepan Palestin, Lubnan, serta India sebelum mengharungi aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 November ini.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN