Manchester United secara rasminya telah pun menggugurkan pertahanan kental mereka iaitu Harry Maguire selaku kapten pasukan untuk saingan musim hadapan dan slot tersebut kini masih belum diisi.
Keputusan tersebut dibuat sendiri oleh pengurus kelab iaitu Erik ten Hag dengan alasan United memerlukan pemimpin baharu untuk saingan musim akan datang dengan segalanya masih menjadi misteri untuk calon seterusnya.
Maguire yang memegang jawatan sebagai kapten utama sebelum itu mengakui sedikit kecewa dengan keputusan terkini, namun beliau menerimanya dengan terbuka serta faham akan perubahan baharu diperlukan buat kelab.
Sehingga kini, beberapa calon dilihat sesuai untuk menggantikan khidmat Maguire pada musim hadapan berdasarkan pengaruh dibawa mereka pada musim lalu dalam setiap perlawanan dihadapi.
Bruno Fernandes
Bruno Fernandes menjadi pemain paling layak sebenarnya untuk menjadi kapten seterusnya buat United berdasarkan pengaruh dimiliki beliau di atas padang.
Bersama United, Fernandes telah memberi sumbangan begitu besar di atas padang untuk menguasai posisi tengah serta di bahagian serangan kelab.
Bruno Fernandes is simply world class, can’t wait to see him playing with a proper striker
🇵🇹🪄 pic.twitter.com/9KR6b064Ih
— 𝐂𝐨𝐧𝐧𝐨𝐫 (@UtdEra_) July 17, 2023
Malah, Fernandes juga menjadi individu paling lantang bersuara untuk memberi arahan kepada rakan sepasukan serta dianggap sebagai jeneral utama pasukan.
Raphael Varane
Varane sudah pun berada di Old Trafford selama dua musim selepas mengharungi detik-detik terbaik bersama Real Madrid untuk memberi sumbangan besar menerusi posisi pertahanan United.
Daripada segi pengalaman di atas serta kekuatan mental, mungkin Varane boleh dianggap calon paling sesuai sebagai kapten, apatah lagi beliau juga beraksi di posisi pertahanan.
A few of these together now @Casemiro hermano !! 🏆😁 pic.twitter.com/g84HETSvKd
— Raphaël Varane (@raphaelvarane) February 26, 2023
Namun, isu kecederaan serta pengalaman beliau sebagai kapten masih dianggap kurang dan itu menyebabkan ianya sukar untuk memberikan jawatan tersebut kepada pertahanan Perancis ini musim hadapan.
Casemiro
Pemain tengah bertahan ini tampil dengan sangat menonjol musim lalu bersama United untuk memberi nilai tambah terbaik di posisi tengah United menerusi kualiti dimiliki beliau.
Berdasarkan pengalaman, pengaruh di atas padang, serta kualiti kepimpinan dimiliki Casemiro, beliau boleh dianggap sebagai calon kedua terkuat untuk menjadi kapten utama pasukan selepas Fernandes.
Captain Casemiro for club and country? 😤 pic.twitter.com/Hb3BHMIil4
— GOAL (@goal) July 10, 2023
Walaupun begitu, suatu perkara yang membuatkan ianya sukar untuk menjadikan Casemiro sebagai kapten ialah isu disiplin pemain tersebut di atas padang dengan musim lalu menyaksikan tonggak tengah ini mengutip dua layangan kd merah.
Lisandro Martinez
Jika United berkeras mahu menggunakan khidmat pertahanan sebagai kapten utama kelab, maka Martinez memiliki pakej cukup untuk menjadi pemimpin pasukan musim hadapan.
Selain pernah menjalin kerjasama di kelab lama dengan Ten Hag, beliau menjadi pemain paling menyerlah musim lalu di posisi pertahanan United sehingga memberi impak besar dalam kalangan penyokong.
New season, new 💇🏼♂️ pic.twitter.com/plOgjHyopJ
— Lisandro Martinez (@LisandrMartinez) July 6, 2023
Malah, Martinez juga antara pemain yang sangat lantang di atas padang dan menunjukkan ciri-ciri pemimpin berkualiti untuk memacu nama United sebagai calon kuat kapten musim hadapan.
Luke Shaw
Salah seorang pemain senior yang masih lagi bertahan bersama United serta mempunyai banyak pengalaman untuk terpilih sebagai kapten kelab musim hadapan.
Shaw yang menjadi salah seorang pemain meningkat naik kembali bawah kendalian Ten Hag dianggap sebagai salah satu calon sesuai, kerana beliau sendiri merupakan anak jati England.
Luke Shaw appreciation post🏴 pic.twitter.com/dwJ0F8Altt
— The Busby Guy🏴 (@bald_tactics) July 9, 2023
Tampil dengan kelantangan vokal serta membawa pengaruh besar di atas padang, Shaw layak diberi peluang sebenarnya sebagai salah satu calon kapten United baharu untuk menggantikan khidmat Maguire.