Enggan Berputih Mata, Pengendali Terengganu Sedia Rombak Taktikal Berdepan PDRM

Pengendali utama Terengganu, Tomislav Steinbruckner menjadi individu paling sibuk ketika ini untuk mempersiapkan segala rencana taktikal sebelum skuad kendaliannya berdepan PDRM malam ini.

Terengganu bakal berkunjung ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini dalam aksi Liga Super 2023 untuk membuat perhitungan seterusnya berdepan PDRM demi pemburuan kembali tiga mata penuh.

Setelah tampil dengan sedikit tidak konsisten pada awal musim ini, Terengganu tampil dengan sedikit rombakan pada jendela perpindahan kedua menerusi pemain import baharu ditandatangani  iaitu Nurillo Tukhtasinov serta bintang tempatan, Norhakim Hassan.

Norhakim yang sebelum ini beraksi dengan lebih awal bersama Terengganu dijangka bakal menjadi pilihan utama Steinbruckner setelah impak diberikan pemain tersebut di hadapan gol.

Menyedari PDRM memiliki rantaian pertahanan yang berdisiplin, pastinya pengendali dari Croatia itu menyedari situasi tersebut bakal memberi masalah buat Terenganu untuk memperoleh tiga mata dicari.

Malah ianya diakui sendiri oleh Steinbruckner yang menyifatkan aksi PDRM kini semakin meningkat serta mampu mencipta kejutan seperti dibuat Sang Saka Biru sebelum ini ketika menewaskan Kedah Darul Aman (Kedah), Selangor, serta Sabah.

Maka, pengendali berpengalaman tersebut terpaksa lebih serius untuk merangka strategi berkesan bagi mengetepikan PDRM serta memperoleh tiga mata dicari.

“Persediaan kami seperti biasa begitu serius berdepan dengan PDRM FC yang dilihat semakin meningkat prestasinya sebagaimana ketika mereka berdepan dengan Kedah tempoh hari sekali gus menyukarkan kami untuk mengutip mata.

“Bagi memastikan kami tidak pulang dengan tangan kosong dalam pertemuan itu nanti, kami akan melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utama dengan pemain baharu, Tukhtasinov bakal menggalas tugas di posisi tengah manakala pemain sayap, Nor Hakim kekal di posisinya.

“Di posisi pertahanan tengah pula mungkin ada perubahan dan kita adakan sekali lagi latihan dan saya akan berbincang dengan penolong jurulatih untuk menentukannya,” katanya menerusi Harian Metro.

Selain Nurillo, dijangka Terengganu juga bakal mengekalkan khidmat Ivan Mamut serta Habib Haroon untuk terus mengukuhkan posisi tengah dan serangan.

Malah, aspek kreativiti dalam serangan juga dijangka bakal dipertingkatkan Sang Penyu kerana menyedari pertahanan PDRM begitu berdisiplin menyerap segala asakan lawan.

Untuk rekod, Terengganu berjaya mengetepikan PDRM pada aksi pertama Liga Super menerusi keputusan penuh 1-0 hasil jaringan pertahanan kentak mereka, Sardor Kulmatov.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN