Selangor kembali mencatat kemenangan yang dicari, dengan kejayaan mereka untuk mengetepikan cabaran Penang dalam aksi Liga Super 2023 menerusi keputusan penuh 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Tampil dengan aksi menyakinkan, Selangor berjaya memperoleh tiga gol menerusi pemain tengah mereka, Noor Al-Rawabdeh, Richmond Boakye, serta Faisal Halim untuk memastikan tiga mata dapat dibawa pulang tuan rumah.
90" | SEL 3-0 PEN
An additional 4 minutes have been added on by the fourth official. Let's finish strong #RedGiants! ❤️💛 #MKLK #KitaSelangor #LigaSuper2023 #LigaMalaysia2023
— Selangor FC (@selangorfc) July 15, 2023
Awal perlawanan menyaksikan Selangor lebih mencuri tumpuan menerusi gerakan-gerakan menarik dicipta untuk menguasai perlawanan serta mencipta beberapa peluang.
Penang yang tampil ke gelanggang lawan tanpa kelibat beberapa tonggak utama jelas lebih banyak bertahan dan setiap hantaran cuba dibuat mereka mudah disekat pertahanan tuan rumah.
Selepas lima minit permainan berlangsung, Selangor berjaya mencipta beberapa peluang berbahaya untuk mendapatkan gol pertama perlawanan, namun ianya berjaya diserap dengan sangat baik oleh pertahanan Penang.
Walaupun lebih banyak menguasai permainan, setiap gerakan yang dicipta Selangor terlalu mudah dijangka dan tidak memberi begitu banyak ancaman berbahaya buat pelawat untuk menutup segala ruang.
Kelibat pemain seperti Faisal Halim serta Brendan Gan antara yang bekerja keras pada awal perlawanan ini untuk membuka ruang kepada pemain serangan lain mendapatkan jaringan buat Selangor.
Sesekali Penang hadir menerusi situasi serangan balas pantas, namun kesilapan pasukan tersebut dalam membuat hantaran menyaksikan beberapa kali penguasaan mereka sering dirampas tuan rumah.
Akhirnya Selangor berjaya mendapatkan gol pertama mereka pada minit ke-28 menerusi siri serangan bertali arus yang disudahkan dengan sempurna oleh Noor Al-Rawabdeh untuk meletakkan tuan rumah di hadapan.
Brendan Gan hampir mendapatkan gol kedua buat Selangor pada minit ke-34 sebelum percubaan tepat beliau diselamatkan dengan baik oleh Azfar Arif.
Penang hampir mencipta kejutan menerusi dua percubaan berturut-turut dilakukan pemain serangan mereka hasil situasi sepakan percuma pada minit ke-39 sebelum ianya diselamatkan oleh pertahanan Selangor.
Bersambung pada separuh masa kedua, sedikit rombakan dibuat oleh Tan Cheng Hoe untuk menambahkan lagi sengat di posisi serangan Selangor bagi mendapatkan jaringan seterusnya.
Azmeer Aris yang masuk selaku pemain gantian hampir membuka jaringan sulung buat Penang menerusi situasi serangan balas pantas sebelum percubaan dilakukan itu sedikit tersasar keluar daripada gawang gol pada minit ke-55.
Akhirnya gol kedua Selangor berjaya terhasil menerusi penyerang import baharu mereka, Richmond Boakye pada minit ke-59 menerusi satu hantaran cemerlang daripada Yohandry Orozco, sebelum pemain tersebut melepaskan satu rembatan dalam petak penalti.
Ketajaman Faisal Halim pada minit ke-77 memastikan Selangor untuk meraih tiga mata penuh malam ini, selepas gerakan solo beliau berjaya melepasi pertahanan Penang sebelum satu rembatan mudah dilepaskan beliau dan menewaskan Azfar Arif.
Kesebelasan utama bagi perlawanan #SELPEN malam ini! 🙌🏻
Senarai Kecederaan 🚫 : Yazan Al-Arab (Adductor Strain), Richmond Ankrah (Adductor Strain)
Dikuasakan oleh @sugarbombgroup#MKLK #KitaSelangor #LigaSuper2023 #LigaMalaysia2023 pic.twitter.com/VNyrjoRHow
— Selangor FC (@selangorfc) July 15, 2023
Keputusan perlawanan kekal tamat dengan Selangor menjadi pasukan seterusnya untuk mengecewakan Penang yang tampil tidak konsisten pada perlawanan ini menerusi kemenangan 3-0 di halaman sendiri.
Kesebelasan utama
Selangor: Sam Somerville (Penjaga gol), Quentin Cheng, Faisal Halim, Noor Al-Rawabdeh, Yohandry Orozco, Khuzaimi Piee, Safuwan Baharuddin, Alex Agyarkwa, Sharul Nazeem, Ayron Del Valle, Brendan Gan (Kapten)
Penang: Azfar Arif (Penjaga gol), Namathevan, Haziq Puad, Rafael Vitor (Kapten), Zaw Min Tun, Adib Raop, Ousmane Fane, Asnan Ahmad, Nik Akif Syahiran, Adriano Narcizo, Hadin Azman