Vida Hantar Surat Rasmi Untuk Jadi Pemilik Baharu Kelantan

Usahawan kosmetik terkenal negara, Datuk Seri Vida dilaporkan kini sudah pun menghantar surat rasmi kepada pemilik Kelantan iaitu Norizam Bin Tukiman (Zamsaham) dalam usaha untuk mengambil alih pasukan tersebut.

Bawah pemilikan Zamsaham, Kelantan sebenarnya bermula dengan sangat baik dalam saingan Liga Premier selepas beberapa perubahan positif dibuat beliau untuk menaikkan kembali mutu kelab tersebut menjadi lebih baik.

“Fokus Jual Burger Sahaja”- Zamsaham Dikecam Bekas Pemain Kelantan

Namun, segalanya kini tidak berjalan lancar untuk musim pertama beliau dalam saingan Liga Super, setelah Kelantan terpalit dengan pelbagai kontroversi dalam dan luar padang.

Antara yang menjadi sebutan ramai pastinya mengenai isu pembayaran gaji, selepas banyak pemain kelab tersebut bersuara di media sosial dan meminta penjelasan sebaik mungkin.

Malah ketika ini, ramai pemain yang meninggalkan pasukan tersebut dengan turut membabitkan tonggak import selain terbaharu penyerang Kelantan iaitu Nurshamil Ghani mendedahkan keburukan terbaharu pasukan itu.

Pendedahan Nurshamil menyaksikan pemain tersebut perlu membayar sejumlah wang sebanyak RM50,000 jika ingin meninggalkan Kelantan dan mendapat kecaman ramai.

Namun ketika ini, pengurusan Kelantan sudah pun memberi penjelasan terbaharu secara rasmi di media sosial mereka mengenai isu tersebut.

Memandangkan situasi semasa kini sedang meruncing, tampil Vida yang ingin membeli saham pasukan tersebut untuk menjadi pemilik seterusnya bagi menggantikan khidmat Zamsaham.

Namun ura-ura perkara tersebut pada awalnya dianggap Zamsaham sebagai tidak serius selepas Vida didakwa hanya bercakap kosong tanpa mengeluarkan sebarang surat rasmi.

Kini, Vida menyatakan beliau hanya menunggu maklum balas daripada surat tersebut sebelum perbincangan lanjut dapat dibuat pada masa akan datang.

Lambat Bagi Tawaran Rasmi, Zamsaham ‘Malas’ Tunggu Vida

“Saya sudah kemukakan surat kepada Norizam dan sedang menunggu maklum balas daripada beliau untuk mengadakan perjumpaan. Kita bagi kemudahan kepada beliau, tak kisah di mana dan bila tarikh beliau boleh jumpa,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Sebelum itu Vida juga mengakui sudah pun mengadakan perbincangan bersama Zamsaham secara tidak rasmi mengenai rundingan untuk mengambil alih bola sepak Kelantan.

“Kalau kena cara saya mahu ambil semula. Dulu masa saya dengan TRW, tak ada pun masalah tunggakan gaji. Apa yang berlaku sekarang memang menjatuhkan maruah Kelantan. Saya harap perbincangan ke arah itu berjaya nanti,” katanya lagi.

Selain Vida, dilaporkan masih ada lagi yang turut berminat untuk mendapatkan Kelantan dengan turut membuat bidaan kepada pasukan tersebut secara rasmi.

Syarikat yang dimaksudkan itu ialah Erfan Gym & Fitness serta tawaran rasmi turut diberikan dalam usaha untuk menjadi pemilik baharu Kelantan bagi menggantikan Zamsaham.

Ketika ini pastinya para penyokong bola sepak Kelantan berharap agar prestasi dalaman serta luar kelab dapat dipulihkan supaya mampu untuk terus berdaya saing dalam kejohanan Liga Malaysia (Liga-M) pada akan datang.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN