Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali menganggap Malaysia masih lagi memerlukan khidmat penyerang tulen selepas ini untuk memantapkan lagi secara keseluruhan skuad kendalian Kim Pan-gon.
Sebelum itu, Malaysia berjaya mencatat dua kemenangan besar untuk siri persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Kepulauan Solomon serta Papua New Guinea walaupun tanpa kelibat penyerang utama.
Tanpa kelibat pemain bernombor sembilan, Malaysia berjaya merekodkan 14 gol secara keseluruhan selain hanya dibolosi satu jaringan sahaja ketika bertemu Kepulauan Solomon dengan aksi cukup menyakinkan.
📽 Saksikan video sorotan 14 gol yang dihasilkan skuad Harimau Malaya ketika menewaskan Kepulauan Solomon 4-1 dan Papua New Guinea 10-0 pada dua aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.https://t.co/1lz3DVsqDn
⚽️ Gol terbaik pilihan anda?#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/bhHVCo4SEm
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 22, 2023
Paulo Josue yang sebelum ini beraksi di posisi tengah telah diletakkan sebagai penyerang utama negara untuk menggantikan khidmat Shahrel Fikri serta Haqimi Azim yang mengalami kecederaan.
Tampil cemerlang, Josue berjaya menyumbang empat gol dengan hatrik dicipta pemain naturalisasi ini buat Harimau Malaya pertama kali dalam karier beliau.
Malah kelibat Arif Aiman Hanapi juga tidak kurang hebatnya, selepas gandingan beliau bersama Faisal Halim berjaya mengkucar kacirkan pertahanan lawan serta menyumbang sejumlah besar gol buat Harimau Malaya.
Walaupun begitu, Safee tetap menganggap kehadiran penyerang sejati kebangsaan tetap diperlukan untuk aksi akan datang kerana ia dilihat bakal menambahkan lagi peluang buat Malaysia untuk mendapatkan jaringan.
Let's reminisce this moment, Safee Sali with this acrobatic action!
Tell us your other favourite memories at Larkin Stadium 🏟️#JDTforAll #WhatCanYouDo #LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/YZvi6fCXca
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 22, 2023
“Ini satu persembahan yang baik dari skuad kebangsaan dan ia membuktikan pemain kita mampu jaringkan gol dan bermain dengan kombinasi yang baik.
“Apa yang paling penting, mereka dapat kemenangan untuk naikkan semangat dan motivasi pasukan untuk menghadapi kejohanan sebenar dan saya juga harap selepas ini dengan motivasi yang ada, mereka akan bawa pada perlawanan lebih sukar.
“Kombinasi pemain memang penting tetapi dalam bola sepak moden pun jika kita lihat, Pep Guardiola masih menggunakan Erling Haaland sebagai pemain nombor sembilan dalam pasukan.
“Kita boleh jaringkan 14 gol tetapi masih ada rasa kekurangan kerana kita perlukan pemain nombor sembilan dalam kotak penalti menerusi kombinasi pemain sayap yang berkualiti.
“Penyerang utama ini diperlukan kerana dia akan membahayakan pemain lawan dan membuka ruang kepada pemain sayap untuk menyerang,” katanya menerusi Harian Metro.
Untuk rekod, Safee Sali sendiri merupakan antara penyerang utama negara paling digeruni suatu ketika ekoran ketajaman dimiliki beliau di hadapan serta masih sukar dicari ganti masa kini.
Selaku bekas pemain yang berkecimpung lama dalam dunia bola sepak, pastinya pendapat beliau wajar diteliti selepas ini untuk Kim menilai lebih ramai penyerang-penyerang tempatan terutama membabitkan bakat muda.