Hamidin Puji Semangat Kental Luqman Hakim Di Luar Negara

Berita tentang pemain tempatan negara yang berhijrah ke luar negara mungkin tidak begitu kerap didengari, apatah lagi membabitkan tunas-tunas muda berpotensi besar untuk Malaysia.

Namun, Luqman Hakim tampil sebaliknya dengan usia muda beliau sudah pun beraksi di luar negara untuk mewakili KV Kortrijk di Belgium bagi mendapatkan cabaran baharu.

3 Faktor Liga 6 Bulan Di Iceland Adalah Pilihan Tepat Buat Luqman Hakim

Pendedahan diperoleh daripada Luqman menjadikan bintang muda tersebut berbeza daripada rakan sepasukan lain yang seangkatan dengan dirinya kini di Malaysia.

Malah, kelibat Luqman yang kini berada di luar negara turut mendapat pujian tersendiri daripada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin baru-baru ini.

Jelas Hamidin, beliau mengakui Luqman sebagai antara pemain muda yang memiliki jiwa serta semangat kental untuk terus kekal beraksi di luar negara sehingga kini.

Untuk rekod, kebanyakan pemain tempatan jarang beraksi dengan begitu lama di luar negara dan akhirnya pulang begitu sahaja atas pelbagai masalah dihadapi walaupun mempunyai potensi sangat besar.

Jelas Hamidin lagi, sikap positif yang ditampilkan oleh bekas penyerang muda Selangor itu membuatkan dirinya sangat kagum kerana masih bertahan di Eropah sejak tahun 2020.

“Luqman adalah salah satu pemain (yang beraksi di luar negara), tapi Luqman ada (semangat), pemain yang tinggi jiwa nak main di luar.

“Saya tahu dia dapat tawaran pasukan sini (Liga Malaysia) juga, tapi dia tak nak balik sebab dia nak buktikan sesuatu kat sana,” kata Hamidin menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Luqman memulakan karier beliau bersama KV Kortrijk di Belgium pada 2020 dengan kontrak selama lima tahun selepas mewakili Selangor dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Namun, beliau tidak begitu menyerlah di sana dan jarang diturunkan dalam skuad utama melainkan lebih banyak beraksi untuk pasukan bawah 21 (B-21) dalam beberapa perlawanan.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Pada Januari lalu, Luqman memulakan cabaran baharu selepas beliau dipinjamkan kepada salah satu kelab di Iceland iaitu Njardvik FC dalam misi untuk mendapatkan lebih banyak minit permainan.

Hasilnya, Luqman berjaya memberikan impak tersendiri bersama pasukan baharunya itu dengan meledak gol serta menampilkan aksi cukup menyakinkan daripada sembilan perlawanan dihadapi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN