Bekas pengendali PDRM, Azzmi Aziz mengakui yang dirinya kini sedang mencari jawapan sebenara kenapa dirinya tidak lagi mengendali Sang Saka Biru.
Pengendali yang berjaya mencuri tumpuan ramai apabila membuatkan PDRM dianggap sebagai pembunuh gergasi atau giant killer dalam saingan Liga Super musim ini secara tiba-tiba dihentikan tugasnya oleh kelab itu.
Menurut laporan Astro Awani, Azzmi mengatakan yang beliau sebenarnya telah mencapai segala sasaran yang ditetapkan oleh PDRM pada musim.
Jika tidak mencapai secara keseluruhan, tetapi kedudukan PDRM ketika ini berada di landasan terbaik untuk menduduki sasaran yang dimahukan.
Dan kerana itulah, pengendali tersebut berasa ibarat tergantung sepi hasil perbuatan bekas majikannya itu hinggakan tidak lagi mengendalikan mereka.
“Saya tidak tahu apa yang isu yang timbul sampai diberi surat dan direhatkan, tidak perlu melatih pasukan ini dengan serta-merta dan tidak perlu hadir ke padang seperti yang ditulis dalam surat sangat ringkas.
“Saya tidak nampak apa puncanya. Saya harap pemain saya kekal positif kerana saya percaya sudah buat kerja dengan sangat baik apabila saya bermula dengan mereka pada Disember lalu,” kata Azzmi.
Hutang perlu dilunas
Sepanjang musim, Azzmi telah berjaya membantu PDRM menduduki tangga kelapan liga sambil mencatatkan beberapa keputusan penting seperti menumbangkan Kedah Darul Aman serta Selangor.
Persembahan Azzmi bersama PDRM harus dipuji kerana beliau berjaya membentuk sebuah pasukan yang bermain bola sepak bertahan dengan baik walaupun skuadnya bukanlah terdiri dengan pemain-pemain ternama.
PDRM jelas sekali berhutang sebuah penjelasan yang kukuh dan berasas terhadap situasi ini dan ia bukannya terhad kepada Azzmi sahaja, tetapi buat semua pengikut bola sepak Malaysia yang jelas terhibur dengan persembahan mereka musim ini.
Malah, berita pemergian Azzmi ini turut tidak disiarkan dalam laman media sosial rasmi PDRM, sebaliknya mereka lebih menumpukan mengenai perlawanan Liga Super menentang Perak.
Ipoh mali tadak sombong 🙊#pdrmfc #sangsakabiru #upthecops #atourownpace #prkdprm pic.twitter.com/gwUeMw2dR3
— PDRM Football Club (@officialpdrmfc) June 22, 2023
Akan tetapi, poster perlawanan menentang Perak yang dikeluarkan oleh pasukan media PDRM dilakar ibarat lukisan tangan sahaja, adakah ini protes halus terhadap keputusan kelab menyingkirkan Azzmi?
Semoga segala mister terungkai.