Malaysia Sumbat SEPULUH Gol Tumbangkan Papua New Guinea Di Terengganu

Malaysia

Malaysia menunjukkan ketajaman di bahagian penyudah dengan menumbangkan Papua New Guinea dengan jaringan 10-0 di Gong Badak.

Deretan peluang yang diperoleh skuad Harimau Malaya seperti begitu sukar untuk menembusi pintu gol pasukan pelawat walaupun mempunyai peluang seawal minit ke-3.

Shahrul Saad memperoleh percubaan pertama untuk Malaysia selepas melakukan serangan dari jarak dekat dalam kotak penalti semasa situasi sepakan percuma.

Empat minit kemudian, Azam Azmi turut mempunyai peluang keemasan selepas hanya berdepan penjaga gol pelawat, Ronald Warisan namun sepakannya tidak berjaya menerjah jaring.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Siri serangan untuk memburu gol diteruskan dengan percubaan-percubaan yang dihasilkan oleh Akhyar Rashid, Endrick dos Santos serta Safawi Rasid namun hasilnya tidak membawa apa-apa khabar gembira buat skuad negara.

Kerugian besar yang dapat dirasakan adalah apabila Safawi berdepan dengan Warisan pada minit ke-31 menerusi situasi 1v1, namun percubaan kaki kirinya mudah ditepis keluar penjaga gol tersebut.

Papua New Guinea turut mempunyai beberapa peluang yang menggugat keselamatan pintu gol negara namun begitu Sikh Izhan berada pada masa dan tempat yang tepat untuk menepis bola.

Malaysia sepatutnya mendahului menerusi Paulo Josue akan tetapi gol itu dibatalkan selepas pemain itu menolak pihak lawan ketika hendak melakukan tandukan.

Harimau Malaya akhirnya mendahului menerusi jaringan Safawi selepas Akhyar dijatuhkan dalam kotak penalti. Safawi dengan mudah menyempurnakan sepakan tersebut.

Separuh masa kedua menyaksikan Malaysia terus melancarkan usaha mendapatkan gol.

Hasil itu menjadi apabila minit ke-54, Josue menambah jaringan negara dengan penyudah kaki kanan menewaskan Warisan.

Beberapa minit berselang, Arif Aiman yang masuk sebagai pemain gantian menyempurnakan hantaran jauh Nooa Laine berjaya meletakkan pemain itu cuma perlu berdepan Warisan sahaja.

Jurang semakin membesar apabila Faisal Halim berjaya menyudahkan percubaan dari jarak dekat untuk memberikan kelebihan empat gol buat negara.

Sebaik sahaja gol Faisal itu, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin terus gamat apabila pemain sayap itu memberikan bantuan jaringan untuk Arif memperoleh gol kedua peribadinya dan kelima untuk negara.

Jaringan keenam negara muncul menerusi Josue yang mudah menolak bola hantaran Azam.

Josue kemudiannya melengkapkan hatrik selepas sekali lagi menolak mudah hantaran daripada sebelah kanan, kali ini menerusi Arif.

Malaysia menjaringkan gol kelapan menerusi Daniel Ting yang selepas menyempurnakan hantaran lintang daripada sebelah kanan.

Ting yang berada di tiang jauh atau far post dengan mudah menolak masuk bola tersebut.

Arif mempunyai peluang untuk mencatatkan hatrik pada 10 minit terakhir permainan namun sepakan kaki kirinya ditepis baik Warisan.

Arif akhirnya melengkapkan hatriknya pada minit ke-87 selepas serangan balas pantas Malaysia berjaya disudahkan dengan begitu mudah di depan pintu gol pelawat.

Ini menjadikan beliau pemain kedua dalam perlawanan ini yang menjaringkan hatrik selepas Josue.

Malaysia mencapai gol kesepuluh menerusi Arif selepas Faisal begitu sukar untuk dihalang oleh pertahanan lawan dan ini menjadikan jaringan keempat peribadi pemain sayap itu.

Gol kesepuluh itu berjaya menyamai rekod duka negara apabila dibelasah 10-0 oleh Emiriah Arab Bersatu satu ketika dahulu – kini kita ada sesuatu yang boleh digembirakan apabila melihat jaringan ini.

Secara keseluruhannya, Malaysia mempamerkan persembahan yang teramat cemerlang untuk merakamkan satu kemenangan terbesar.

Jelas sekali, penyokong Malaysia di Terengganu dimanjakan dengan begitu hebat oleh bintang Harimau Malaya.

Kesebelasan utama

Malaysia: Sikh Izhan (penjaga gol), Shahrul Saad (ketua pasukan), Dominic Tan, Stuart Wilkin, Nooa Laine, Safawi Rasid, Paulo Josue, Akhyar Rashid, La’Vere Corbin-Ong, Azam Azmi, Endrick dos Santos

Papua New Guinea: Ronald Warisan (penjaga gol), Daniel Joe, Ati Kepo, Raymond Gunemba (ketua pasukan), Emmanuel Simon, Solomon Rani, Kolli Kepo, Yagi Yasasa, Pala Paul, Ferdahlas Namuesh, Joshua Talau

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN