Piala Malaysia: Brendan Gan Tak Nak Selangor Leka Jumpa PDRM

Brendan Gan

Tonggak pertahanan Kedah Darul Aman, Akmal Zahir menganggap jurang kedudukan Liga Super masih belum menjamin peluang mereka untuk menang ke atas Perak dalam aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia 2023.

Undian Piala Malaysia semalam menyaksikan Kedah bakal melakukan perhitungan dengan Perak dalam perlawanan yang akan berlangsung secara timbal balik.

Akmal bagaimanapun tetap menganggap ia bukanlah laluan yang mudah meskipun Perak pernah tewas dua kali kepada anak buah Nafuzi Zain ini di pentas liga.

Bahkan, dalam perlawanan kalah mati seperti ini pastinya lebih banyak kejutan dijangka berlaku dan amat penting untuk semua pemain tidak memandang rendah mana-mana lawan.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

“Saya rasa ia tetap sukar walaupun kami dah pernah menang dua kali dengan Perak dalam liga dan kami tidak boleh ambil mudah cabaran daripada Perak.

“Dalam Piala Malaysia ini pemain-pemain akan memberikan segalanya dan kita tahu aura kejohanan ini memang lagi kuat dari liga, jadi apa-apa sahaja boleh berlaku.

“Undian tadi (semalam) agak seimbang dengan semua perlawanan tetapi saya tahu semua pasukan pastinya akan buat persediaan yang lebih lagi untuk menghadapi Piala Malaysia,” katanya.

Sementara itu, satu lagi pertembungan yang akan mencuri tumpuan adalah aksi antara pasukan giant killer, PDRM yang akan menentang Selangor.

Pemain Selangor, Brendan Gan pula sedar lawan mereka di pusingan ini tidak boleh dipandang enteng selepas mereka dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada PDRM di Liga Super.

Baginya, PDRM cukup cemerlang di benteng pertahanan dan kesilapan sama tidak boleh lagi berulang terutamanya membiarkan lawan meledak jaringan terlebih dahulu.

“Ya, sudah tentu apa jua pasukan yang kami lawan tidak pernah mudah dan apa yang positifnya daripada undian ini adalah kami hanya bermain di sini sahaja memandangkan kami beraksi di stadium yang sama.

“Tetapi berdepan PDRM adalah sukar dan mereka sangat bagus dalam mempertahankan gawang dan anda sendiri dapat lihat bagaimana kami susah nak menembusi mereka.

“Walaupun kita banyak peluang, tetapi ia bukan senang dan sebab itu saya cakap, kalau kita tak boleh nak dapatkan gol awal, lawan akan senang menghukum kita,” ujarnya.

Saingan Piala Malaysia pada musim ini menghadirkan kelainan dengan penyertaan kali pertama kelab daripada Liga M3 menyaksikan sebanyak 16 pasukan secara keseluruhan akan berentap.

14 pasukan Liga Super dan dua pasukan tertinggi Liga M3 bakal mempertaruhkan aksi yang akan dimainkan secara timbal balik.

Pertandingan Piala Malaysia 2023 akan bermula pada Ogos dan aksi final dijangka bakal berlangsung pada bulan Disember.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN