Roberto Carlos & Veron Bantu PSSI Majukan Bola Sepak Remaja Indonesia

Indonesia

Sejak Erick Thohir menjadi Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), pelbagai inisiatif dilakukan oleh pihaknya bagi memajukan bola sepak di negara tersebut.

Bukan setakat untuk pasukan senior yang mendapat peluang beraksi menentang bintang dunia menerusi perlawanan bertemu Argentina, skuad remaja mereka juga turut mendapat sentuhan pemenang Piala Dunia.

Baru-baru ini, PSSI telah melancarkan kerjasama dengan empat bekas pemain handalan dunia yang ada diantara mereka adalah pemenang Piala Dunia.

Marco Materrazi, Eric Abidal, Juan Sebastian Veron, Roberto Carlos dan Giorgos Karagounis telah turun ke Indonesia untuk melatih skuad B-16 Indonesia bagi menghasilkan bintang terbaik daripada negara itu.

Menurut laman PSSI, para bekas pemain handalan dunia ini dijemput bagi melatih skuad remaja Indonesia serta memberikan ceramah motivasi untuk membentuk semangat mentaliti juara.

“Kami datang ke Jakarta hasil undangan daripada Ketua Umum PSSI iaitu Erick Thohir,” kata Carlos.

“Saya datang untuk memberikan latihan istimewa untuk masa depan bola sepak,” ulas Materazzi pula.

Erick jelas sekali menggunakan jaringan perhubungan beliau yang luas sewaktu berkecimpung dalam bola sepak Eropah dengan cuba memajukan sukan tersebut di Indonesia.

Mereka mungkin tidak akan kekal lama di negara tersebut tetapi impak yang diberikan pastinya akan membantu kemajuan bola sepak remaja di Indonesia.

Materazzi merupakan pemenang Piala Dunia bersama-sama Itali pada 2006 manakala Carlos merangkul kejuaraan tersebut ketika edisi 2002.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN